Siapa suka kentang putar? Atau di KFC menu ini dipanggil mashed potato. Kentang putar ini sangat terkenal yang berasal daripada restoran ayam goreng tersebut.

Kentang putar dibuat dengan cara yang sangat mudah. Ianya hanya memerlukan 3 bahan sahaja, kentang, susu segar dan serbuk lada sulah. Kemudian untuk kuahnya pula, memerlukan beberapa bahan yang senang dibeli di pasar raya.

Kentang putar boleh jadi alternatif untuk makanan bayi dan kanak-kanak. Pula untuk orang dewasa yang kurang makan nasi boleh cuba mengolah kentang putar. Selain dimakan bersama ayam goreng, kentang putar juga selalu dijadikan menu sandingan chicken chop mahupun roti.

Jika anda tercari-cari resepi kentang putar yang mudah, sedap dan sama seperti KFC, sila tengok resepi yang kami kongsikan ini. Resepi perkongsian ramai tentunya yang dikongsikan oleh Rosdiana Rapiah‎ di Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Kentang Putar

kentang putar

Imej via Facebook

Bahan Kentang Lenyek :

  • Kentang 5 biji,
  • Susu segar 1 cawan,
  • Serbuk lada sulah.

Cara-cara :

  1. Mula-mula, kentang dipotong dadu dan direbus selama 20 minit.
  2. Jika sudah empuk, tos dan lenyekkan.
  3. Kemudian digaul bersama lada sulah.

Bahan Untuk Kuah :

  • 2 cawan air,
  • 1 kiub ayam,
  • 1 biji bawang besar dan 2 ulas bawang putih dimesin,
  • 4 sudu marjerin,
  • 1 cawan tepung gandum,
  • Serbuk lada hitam dan lada sulah.

Cara-cara :

  1. Mula-mula, didihkan air.
  2. Kemudian masukkan kiub ayam bersama bawang. Reneh selama 10 minit.
  3. Jika sudah siap direnehkan, tutup api dan toskan dalam bekas.
  4. Seterusnya, cairkan marjerin.
  5. Lalu masukkan tepung gandum sedikit-sedikit, kacau sehingga tepung larut.
  6. Kemudian masukkan air rebusan tadi sedikit-sedikit.
  7. Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kentang putar, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.