Anda suka makan kentang goreng? Mesti suka kan! Lagi-lagi kalau beli kentang goreng daripada Mc* atau KF* mesti beli yang saiz Large punya biasanya. Sedap untuk kudapan, dicicah dengan sos lagi bertambah sedap.

Tapi kalau hari-hari beli kesian pula duit poket anda. Harganya mahal dan kadang tidak ada masa untuk beli. Maka itu, kami punya solusi untuk anda.

Macam mana kalau anda buat kentang goreng rangup dan garing macam restoran pula. Tidak perlu beli, anda pula boleh buat bila-bila masa dan makan sepuasnya.

Resepi ini bukan resepi kentang goreng kupas biasa. Resepi yang dikongsikan oleh Reen di Facebook ini sangat lazat dan membangkitkan selera. Kentang goreng yang dibuat sangat gebu, rangup dan garing.

Sila cuba resepi ini di rumah. Anak-anak lagi suka kentang goreng rangup macam ini. Makan kentang goreng rangup dan dicicah sos sesuai selera, sangat lazat!

Resepi Kentang Goreng

kentang goreng

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kentang dikupas kulit.
  • Potong jejari, basuh bersih dan toskan.

Bahan salutan :

  • 2 atau 3 sudu besar tepung goreng bestari original. Boleh guna tepung beras jika tidak ada.
  • 1 sudu besar tepung jagung.
  • 1 sudu besar tepung gandum.
  • Sedikit serbuk lada hitam jika suka.

Caranya Membuat :

1. Rebus kentang dalam air mendidih selama 5 minit.

2. Masukkan 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil cuka.

3. Kemudian toskan kentang dan masukkan dalam air sejuk yag di letak ais kiub. Biarkan dalam 3-4 minit hingga kentang tadi sejuk.

4. Toskan air kentang hingga kering.

5. Setelah kering campurkan kentang dengan semua bahan salutan dan gaul hingga bercampur dan tepung melekat.

kentang goreng

Imej via Facebook

6. Kemudian goreng hingga bertukar warna jadi keemasan. Pastikan minyak betul-betul panas.

7. Angkat dan toskan minyak. Kentang sedia dinikmati bersama sos pilihan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kentang goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.