Kali ini kami ingin kongsikan penyediaan resepi kek paling mudah di dunia, lagi senang daripada kesemua kek yang ada.

Mana tidak senangnya, kek yang dibuat ini tanpa telur, tanpa butter dan tanpa mixer. Namun hasil kek amatlah cantik dan gebu. Menarik bukan? Semestinya resepi ini amat mudah dicubakan. Resepi kek tanpa telur.

Kek coklat sedap ini hanya menggunakan tepung gandum, tepung jagung, serbuk koko dan pengembang kek. Sekali lagi kami cakapkan, tanpa telur dan butter ya!

Anda yang alahan telur atau yang tengah berdiet sangat dialu-alukan untuk buat kek ini. Resepi didatangkan daripada Afiqah Koh‎‎ di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Kek Tanpa Telur dan Butter

Imej via Facebook

Bahan A :

  • 1 cawan tepung gandum,
  • 1 cawan tepung jagung,
  • ½ cawan serbuk koko,
  • ¼ sudu soda bikarbonat,
  • 1/8 sudu garam.

Bahan B :

  • 1 cawan susu cair,
  • ¾ cawan gula,
  • ¼ cawan minyak.

Cara-cara :

  1. Mula-mula ayak bahan A.
  2. Kemudian sebatikan kesemua bahan B dan masukkan bahan A yang telah diayak ke dalam bahan B.
  3. Sebatikan bahan dan bakar dalam oven suhu 170°C sehingga masak dan naik bau.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek tanpa telur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.