Kebiasaanya selalu kek yang selalu kita buat adalah kek span, kek marble, kek coklat dan sebagainya. Apa kata kali ini kita tukar kepada Kek Snow Cheese pula. Kek ini boleh di bakar ataupun dikukus. Hanya campur-campur dah siap. Jadi, kalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Bolehlah ambil tempahan dari kenalan- kenalan. Hasil jualan nya, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan untuk keluarga.

Kek Snow Cheese ini boleh dijadikan sebagai makanan semasa santai-santai. Perghh padu rasanya. Rasa creamy cheese tuh sambil merenung jauh. Perghh padu rasanya. Lepas tuh, kalau mak-mak kena buat sesuatu untuk bawa ke jamuan anak. Tak payah pening-pening nak fikir dah. Bolehlah buat kek Snow Cheese nih. Cepat dan Mudah.

Resepi Kek Snow Cheese yang dikongsikan oleh NNor Ashikin Ghazali , bukan sahaja mudah dibuat tetapi memang sedap. Jom tengok resepinya. Pasti anda rasa tak sabar untuk membuatnya.
Sedikit tips untuk cream cheese. Kalau nak cair dan meleleh lebihkan kuantiti fresh milk. Jangan banyakkan whipping cream.

Resepi Kek Snow Cheese

Resepi Kek Snow Cheese
Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

Bahan A: Bahan kek

  • 150g Tepung sponge mix
  • 3 biji Telur (Gred A)
  • 30g Minyak
  • 30g Fresh Milk/Air
  • 1 sudu besar ovellate
  • 1 sudu besar serbuk vanilla
  • Sedikit perasa pandan
  • Sedikit pewarna hijau(apple green)

Bahan B: Cream cheese

  • Cream cheese
  • Susu pekat manis
  • Whipping cream
  • Fresh Milk

Cara penyediaannya:

  1. Sebatikan kesemua Bahan A menggunakan mixer sehingga gebu.
  2. Kemudian kukus atau bakar. Kukus lebih gebu dan lembut.
  3. Campurkan kesemua bahan untuk cream cheese.
  4. Tuang ke atas kek yang telah siap dikukus.

Resepi Kek Lain Yang Menarik

Selain resepi Kek Snow Cheese ini, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.