Siapa yang tidak terliur tengok kek nestum viral? Memang tidak ada lah. Jom kita buat sama-sama petang ini.

Ikut resepi kek nestum yang dikongsikan oleh Tg Khuzanika di laman Facebook. Rupanya alasan kenapa kek ini dipanggil kek nestum ialah kerana ia menggunakan topping nestum yang ditabur di atas kek. Resepi ini pula kurang gula dan letak ovalete. Kejadiannya selembut sutera. Sedap yummy!

Selain untuk hidangan minum petang, kek nestum boleh juga dijadikan hidangan untuk potluck dan lain-lain. Teringin sangat cuba resepi senang ini bukan? sila baca dan cubakan resepi di bawah ini.

Resepi Kek Nestum

kek nestum

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 200 gram marjerin,
  • 120 gram gula perang (150 gram resepi asal),
  • 3 sdb susu manis,
  • 1 penutup esen vanilla,
  • 50 gram nestum,
  • 160 gram tepung naik sendiri Blue Key diayak dulu,
  • 5 biji telur,
  • 1 sb (rata) ovalett,
  • Untuk hiasan tabur di atas ikut suka hati.

Cara-cara :

  1. Pukul marjerin, gula perang, dan ovalette sehingga kembang.
  2. Masukkan susu, esen vanila, telur sebiji-sebiji.
  3. Jika sudah kembang, bubuh tepung sedikit-sedikit.
  4. Akhir sekali bubuh nestum.
  5. Bakar pada suhu oven 150°C selama 45 minit.

    kek nestum

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain kek nestum, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah
berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.