Ada yang mencari resepi kek lapis kukus? Sesiapa yang tidak punya pemanggang boleh cuba resepi ini kerana ianya hanya menggunakan pengukus sahaja. Ini membuatkan proses kek lapis jadi lebih mudah.

Siapa di sini suka makan kek lapis? Jika biasanya anda menjumpai kek lapis warna pink putih maka kali ini kami akan kongsikan resepi kek lapis yang bewarna coklat hijau pula.

Resepi kek lapis kukus yang dikongsikan oleh Cik Pooja di laman Facebook ini mendapat sambutan ramai. Ianya lebih menarik dan disukai kerana pilihan warna yang berbeza dengan kek lapis umumnya yang berwarna pink putih.

Sedap yang teramat! Resepi patut cuba ini tidak boleh terlepas. Cubakan hari ini untuk hidangan petang-petang.

Resepi Kek Lapis Kukus

Imej via Facebook

Bahan A :

  • 2 cawan tepung gandum,
  • 3 sudu besar tepung jagung,
  • 2 cawan santan pekat,
  • 1 sudu kecil garam.

Bahan B :

  • 1 tin susu cair,
  • 1 cawan santan cair,
  • 1 ¼ cawan gula pasir,
  • 2 helai daun pandan simpul.

Bahan C :

  • 3 sudu besar serbuk koko dan 4 sudu besar air suam dikacau biar sebati.
  • 1 sudu kecil pewarna hijau. Kalau ingin terang boleh tambah lagi.

Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan B. Masak di atas api sambil kacau sampai gula hancur.
  2. Ketepikan bahan B yang dimasak tadi, biar suam-suam sedikit.
  3. Kemudian masukkan semua bahan A dalam bekas. Kacau-kacau biar sebati.
  4. Bila bahan B yang kita masak tadi sudah suam, campurkan bahan A dan B, kacau sebati dan tapis.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan letak serbuk koko yang dibancuh tadi. Satu adunan lagi masukkan pewarna hijau.
  6. Panaskan kukusan. Bungkus penutup kukusan jangan bagi air wap menitik.
  7. Letak loyang yang sudah disapu minyak dalam kukusan biar panas sekejap.
  8. Kemudian tuang adunan selapis demi selapis. Mula-mula tuang warna coklat dulu selapis. Tuang haruslah rata dalam loyang.
  9. Kukus dalam 5 minit untuk setiap lapisan dengan api sedang.
  10. Jika sudah cukup 5 minit, buka kukusan kemudian tuang yang hijau pula. Tutup dan kukus lagi 5 minit.
  11. Ulang langkah tuang selapis demi selapis sampai habis adunan.
  12. Untuk adunan yang terakhir kukus selama 20 minit.
  13. Jika sudah siap masak, keluarkan kek lapis dari kukusan.
  14. Sejukkan dulu baru dipotong-potong.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek lapis kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.