Terdapat pelbagai jenis kek yang menjadi kegemaran orang ramai. Antaranya kek minyak, kek span, kek cheese, kek buah, kek batik dan sebagainya. Cara nak buat pun tak susah. Hanya campurkan bahan-bahan yang diperlukan dan dibiarkan di dalam peti sejuk.

Jadi untuk entri kali ini jom kita fokus kepada menu atau resepi kek batik. Resepi kek lain? Jangan risau, sekiranya inginkan resepi kek mudah dan sedap yang lain, ada disertakan link atau pautan di akhir entri ataupun anda boleh jer taip di bahagian carian resepi kek.

Berbalik kepada kek batik tadi, resepi yang kami kongsikan ini merupakan resepi dari Tuan Adriana Arissa yang mendapat perkongsian ramai di laman Facebook. Cara yang diberikan amat mudah dan senang untuk diikuti. Jom ikuti resepi beliau. Selamat mencuba.

Resepi Kek Batik

Imej via Facebook

Bahan Kek Batik

  • 600g biskut marie (patah-patahkan) 
  • 200g butter
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 biji telur
  • Esen vanila

Bahan-bahan (topping@ganache)

  • 100g milk compound 
  • 100g dark compound 
  • (sis guna beryls)
  • 200ml whipping cream
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar golden syrup (optional)
  • 1sudu kecil hazelnut paste (tips nak bagi choc sedap mcm cadbury)

**Double boil semua bahan topping atau nak senang masukkan dalam microwave. Ketepikan. Biarkan sejuk sekejap.

Cara-cara penyediaanya:

1. Masak butter sampai cair, masak kek batik guna api kecil. Kemudian terus masukkan susu pekat. Kacau rata. 
2. Masukkan pula milo dan serbuk koko. Kacau cepat2 supaya tak berketul. 
3. Kemudian, masukkan telur, kacau dulu bagi rata dan baru masukkan air. Kacau sebati biar sekata. 
4. Akhir sekali masukkan biskut. Kacau rata bagi semua biskut bersalut coklat. Boleh tutup api. 
5. Terus masukkan semua ke dalam loyang saiz 10inci (alas plastik bagi biskut tak melekat dan senang tarik keluar) dan tekan padat. 
6. Tuang choc ganache melting dan simpan chiller selama 4 jam atau lebih sebelum di potong. 
7. Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap bagi kek lembut sebelum senang untuk dipotong.

**Tips nak bagi potongan cantik. Pisau yang nak guna untuk potong kek batik hendaklah dicelup air panas atau lap dengan tisu setiap kali nak potong. Barulah potongan cantik dan kemas. Tak comot. Nak makan pon sedap je kan.

Resepi Kek Lain Yang Menarik

Selain resepi Kek Batik ini, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.