Bila stok ikan dan ayam semua sudah habis dalam peti ais. Tapi malas keluar beli makan inilah jadinya. Kari telur dengan ubi kentang untuk makan petang ini.

Kari telur enak dimakan bersama nasi putih. Selain dengan nasi putih rupanya kari telur sedap dimakan dengan roti jala. Seperti resepi kari telur yang dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail di laman Facebook. Dia membuat kari telur makan cicah dengan roti jala untuk anak-anak.

Untuk semakin menarik, kari telur dicampur dengan ubi kentang. Hidangan ini patut anda cuba. Kanak-kanak semestinya suka hidangan ini.

Resepi Kari Telur Ubi Kentang

kari telur

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 7 biji telur rebus,
  • Bawang merah, bawang putih dan halia (ditumbuk),
  • Daun kari,
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelage),
  • 2 paket kecik rempah kari daging tambah 2 sudu besar kerisik, bancuh dengan sedikit air jadikan pes.
  • Ubi kentang 4 biji belah 4,
  • Cili padi (optional),
  • Asam keping 1,
  • Santan.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi dengan 4 sekawan dan daun kari sampai naik bau.
  2. Lepas itu masukkan pes kari dan kerisik tadi. Masak sampai pecah minyak. Kacau sekali sekala takut rempah berketul.
  3. Bila sudah betul-betul pecah minyak masukkan sedikit air (ikut banyak mana kuah kita inginkan) dan ubi kentang. Masak sampai ubi kentang empuk.
  4. Kemudian masukkan asam keping, cili padi dan santan sedikit.
  5. Masukkan telur dan perasakan dengan garam dan aji sedikit. Bila rasa semua sudah okay boleh tutup api.
  6. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kari telur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.