Hidangan wajib ada setiap minggu. Siapa yang suka makan kari ikan di kedai mamak mesti tahu hidangan ini.

Mesti sedap kalau dapat makan kari ikan merah kedai mamak tengah hari ini bukan? Rasai kelazatan kari ikan merah mamak di rumah. Buat sendiri kari mamak merujuk resepi yang dikongsikan Ana Mariana Ismail‎ di laman Facebook.

Ala kenapa pergi kedai mamak kalau boleh buat sendiri di rumah? Suruh mak/kaka/isteri masakkan kari ikan ikan merah untuk makan siang. Makan dengan nasi putih dan keropok papadam, seronok betul lah!

Tidak perlu pening, hidangkan kari ikan merah ala kedai mamak hari ini juga. Untuk memikat hati kesemua ahli keluarga. Terer kalau boleh masak kari ikan sendiri bukan? Selamat mencuba.

Resepi Kari Ikan Merah Mamak

kari ikan merah

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan merah sekor size sederhana besar,
  • 2 paket kecil serbuk kari babas pedas (kalau guna yang biasa boleh tambah 2 sudu cili kisar) bancuh dengan sedikit air jadikan pes.
  • Air asam jawa secukupnya,
  • Bawang merah dan bawang putih mayang halus,
  • Halba campur dan daun kari,
  • Bendi dan tomato,
  • Cili padi @ cili hijau besar.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak agak banyak, tumis bawang merah dan bawang putih, halba campur dan daun kari smpai naik bau.
  2. Kemudian masukkan pes kari tadi dan dimasak sampai pecah minyak.
  3. Kacau sekali sekala, takut rempah berketul dan hangit pulak.
  4. Lepas rempah sudah betul-betul masak, masukkan air asam jawa.
  5. Biarkan mendidih baru masukkan ikan. Masak sampai ikan lembut sedikit.
  6. Terus perasakan dengan garam dan perasa sedikit.
  7. Akhir sekali masukkan cili padi @ cili hijau, bendi dan tomato.
  8. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kari ikan merah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.