Resepi jelly ball sebenarnya sangat mudah untuk dibuat dan berbaloi jika anda buat sendiri di rumah.

Mana tidaknya, harganya dijual agak mahal di luar iaitu RM12 sebekas yang berisi 24 biji jelly ball atau 7 biji jelly ball dengan harga RM5. Tetapi modal buat sendiri tidak sampai RM1 pun!

Justeru, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan resepi jelly ball viral yang digemari ramai khusus kepada ibu bapa yang ingin menyediakan snek ringan ini di rumah.

Asal usul jelly ball viral?

Jelly ball adalah antara makanan ringan yang berasal dari negara Korea Selatan. Negara ini sangat terkenal dengan makanan yang berasaskan jelly yang manis.

Cara pembuatan jelly ball sangat unik kerana ia menggunakan campuran ekstrak rumpai laut semula jadi dan konjac sebagai bahan utama. Kemudian ia ditambah dengan gula, asid, dan bahan-bahan lain.

Ia melalui proses pendidihan, pengacuan, pembungkusan, pensterilan. Tekstur jelly ball sangat lembut, ringan, jernih, dan kenyal. Makanan ringan biasanya dijadikan pencuci mulut atau minum petang.

Resepi jelly ball viral

resepi jelly ball

Berikut kami kongsikan resepi jelly ball untuk anda cuba sendiri di rumah.

Bahan-bahannya:

  • 1 pek serbuk jelly
  • 1 pek serbuk agar-agar
  • Buah-buahan (pilihan)
  • 6 sudu gula (ikut kemahuan)

Cara untuk menyediakan:

  1. Campurkan sebati serbuk agar-agar , serbuk jelly dan gula ke dalam 1 mangkuk.
  2. Panaskan 1500ml air, lalu masukkan campuran serbuk tadi dan kacau sehingga larut.
  3. Apabila adunan mendidih, tutupkan api.
  4. Potong buah-buahan menjadi potongan kecil.
  5. Susun buah-buahan ke dalam acuan jelly ball.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan biarkan ia sejuk selama 2 jam dalam peti sejuk.
  7. Cungkil jelly ball dan cucuk menggunakan lidi.
  8. Jelly ball viral anda, sedia untuk dihidangkan.

Selain dari resepi jelly ball ini, anda juga boleh baca artikel resepi pencuci mulut kami yang lain sebagai hidangan minum petang seperti:

Sumber:

  1. Jelly Ball Viral. FB Farhana Zainuddin
  2. Jual RM1 ‼️ Pasti Laris Kerana Unik, Cara Buat Jelly Ball Viral. Idea Kitani

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.