Bila sebut tentang karipap, pasti anda terbayang-bayang kesedapan dan kerangupan karipap kan. Karipap ini sangat sesuai dihidang tidak kira masa, bila dan di mana. Boleh dikatakan di antara kuih tradisional yang evergreen (mendapat tempat di hati pelbagai lapisan masyarakat tak kira umur dan bangsa). Sebab itulah karipap ini senang didapati dijual di mana-mana tapi ye la kan nak cari yang betul-betul sedap, susah. Tambah-tambah sekarang ini harga karipap dah tak sama macam dulu. Fikir dua tiga kali juga nak membelinya kan?

Nak tak nak kena buat cuba buat sendirilah kan. Karipap ini ada karipap biasa dan karipap pusing. Karipap pusing ini biasanya harga nya lebih mahal sedikit dari karipap biasa sebab cara nak membuatnya sedikit susah. Inti masih sama seperti karipap biasa. Boleh dipelbagaikan. Ada inti kari, inti sardin, inti telur dan sebagainya.

Jadi, kali ini, kami kongsikan resepi inti sardin untuk karipap warisan keluarga dari saudari Amirah Najwa Ab Razak yang dimuatnaik di Facebook untuk perkongsian umum.  Jom kita lihat resepi beliau.

Resepi Inti Sardin

inti sardin

Imej via Facebook

Bahan A

  • 1 tin sardin 300gm(cap ayam brand, ikan mackerel,tulisan hitam) – dibuang tulang tengah ikan sardin tu dan di lecek

Bahan B

  • 200gm cili kisar( cili kering boleh,cili boh pun boleh) . Ikut pada tahap kepedasan cili kering yang dipakai
  • Minyak yg cukup untuk menumis

Bahan C

  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit perencah cukup rasa maggi

Bahan D

  • 100gm bawang besar (di potong bulat-bulat)
  • Sedikit asam keping

Bahan E

  • 300gm ubi kentang – kopek,basuh bersih, di sagat dan digoreng serta ditoskan minyaknya

Cara-cara penyediaannya:

1) Lenyekkan bahan A. Ketepi kan.

2) Tumiskan bahan B hingga garing.

3) Bila dah garing masukkan bahan A tadi.

4) Masakkan bahan A dan B sehingga cukup masak.

5) Masukkan bahan C, sebatikan dan rasa. Kuantiti mengikut citarasa masing-masing.

6) Masukkan bahan D. Dan gaul sebati sehingga bawang layu dan masak dengan betul inti sardin tadi.

7) Akhir sekali agak dah masak dan kering sedikit bolehlah masukkan bahan E. Gaul sebati semua nya.

8)  Tutup api dan ketepikan di kuali untuk sejatkan lebihan minyak.

 

Mudahkan? Bolelah cuba buat lepas nih. Tak lah bosan sangat asyik-asyik inti kari jer. Selain daripada resepi inti sardin ini, terdapat pelbagai resepi yang anda boleh cuba untuk variasikan hidangan anda. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda ya! Selamat mencuba!

 

 

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.