Siapa makan ikan pari? Sebahagian orang punya pendapat ikan pari punya bau busuk. Namun sebenarnya ikan pari yang bau hancing itu disebabkan ikan tersebut tidak segar, di mana ikan itu disimpan dalam peti ais dalam masa yang cukup lama sehingga makin lama ianya akan berbau tidak sedap. Lain halnya bila anda beli dan masak ikan pari yang segar maka tidak ada lah bau tersebut. Oleh itu, beli ikan pari kena cium bau dulu.

Ada banyak resepi ikan pari namun yang paling banyak dicuba antaranya ialah ikan pari masak asam pedas dan ikan pari bakar. Untuk masak ikan pari lebih beragam, kami hadirkan resepi ikan pari menarik lainnya yang telah dikemas dalam 10 resepi kumpulan di bawah. Beragam resepi dari laman Facebook ini sangat patut untuk dijadikan rujukan di masa hadapan.

Selepas ini tidak pening pikirkan resepi ikan pari, boleh dicuba bila-bila masa sahaja. Lauk ini memang sesuai sangat dimakan dengan nasi putih. Beli lauk ikan pari di kedai pula boleh tahan mahal bukan? Ayuh baca resepi ikan pari di bawah.

Asam Pedas Johor Ikan Pari

Imej via Facebook

Asam pedas ialah resepi handalan mak-mak bila dihadapkan dengan ikan pari, sebab memang lauk ini yang paling terkenal, bahkan di kedai-kedai makan pun senang jumpa asam pedas ikan pari. Ayuh tengok resepi asam pedas Johor ikan pari yang dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman di laman Facebook. Campur sayur bendi makin lazat.

Bahan-bahan :

  • 1 kg ikan pari,
  • 20 tangkai cili kering direbus *,
  • 5 ulas bawang merah*,
  • 1 biji bawang besar*,
  • 3 ulas bawang putih*,
  • 2 inci kunyit hidup*,
  • 2 inci halia*,
  • Sedikit belacan*,
  • 1 sudu lada hitam (ditumbuk),
  • 10 tangkai daun kesum,
  • Bendi (terpulang ingin banyak mana),
  • 1 batang bunga kantan dibelah dua,
  • 1 cawan air asam jawa,
  • Minyak untuk menumis,
  • Air secukupnya.

Cara-cara :

  1. Kisar bahan yang bertanda *.
  2. Panaskan minyak (minyak kena lebih) dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga pecah minyak serta naik bau.
  3. Biar betul-betul pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, kemudian masukkan ikan pari, tambah air secukupnya, jangan cair biar pekat sedikit, tapi jangan pekat sangat.
  5. Kemudian tambahkan garam, gula dan sedikit bahan perasa, kecilkan api, biarkan reneh sehingga ikan pari masak, akhir sekali masukkan bendi, tidak payah lama sangat nanti bendi lembek.
  6. Jika bendi sudah agak-agak lembut boleh tutup api. Sedia dihidangkan.

Ikan Pari Bakar

Imej via Facebook

Ikan pari bakar marvelous ini pula guna kuali pemanggang ajaib sahaja. Namun jika ingin guna oven pun boleh. Balut ikan dengan daun pisang dulu baru aluminium foil untuk dapatkan wangi ikan yang melazatkan. Erma Azizie berkongsikan resepi ikan pari bakar sambal di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 3 ekor ikan pari sedang (potong 2),
  • 2 biji bawang besar,
  • 3 ulas bawang putih,
  • 10 batang cili kering (buang biji dan rebus),
  • 3 batang cili besar,
  • 4 batang cili padi,
  • Garam,
  • Gula,
  • Serbuk perasa,
  • Asam keping,
  • Daun limau purut (mayang halus),
  • Daun kunyit (mayang halus),
  • Daun pisang,
  • Aluminium foil.

Cara-cara :

  1. Cuci bersih ikan pari.
  2. Blend bawang besar, bawang putih, cili kering, cili besar, dan cili padi.
  3. Ambil kuali bersih, masukkan minyak dan tumis semua yang sudah blend tadi sampai garing.
  4. Masukkan asam keping, garam, gula, dan serbuk perasa.
  5. Masukkan daun limau purut dan daun kunyit. (OK sambal sudah siap).
  6. Ambil aluminium foil, lapikkan daun pisang.
  7. Ambil sambal letak sedikit di atas daun pisang.
  8. Letak ikan dan letak lagi sambal kemudian balut.
  9. Akhir sekali bakar sampai ikan masak. Guna oven atau kuali pemanggang ajaib.

Hati Ikan Pari Masak Pais Cili Api

Imej via Facebook

Ada yang makan? Kalau ada yang makan boleh geng dengan Hayati Hj Hasnan di laman Facebook. Dipersilakan mencuba pada yang teringin mencuba. kena rendam dan basuh dengan air asam banyak-banyak baru hilang hanyir dia. Sebelum masak pun kena buang hempedu dia dulu, kalau tidak pahit dia tidak boleh bawa bincang. Lauk ini memang unik, masak macam resepi cik Hayati ini sedap tidak terkata.

Bahan-bahan :

  • Cili api,
  • Kunyit hidup,
  • Garam,
  • Air limau kasturi,
  • Daun kunyit hiris.

Cara-cara :

  1. Blend cili api, kunyit hidup dan garam.
  2. Gaulkan bahan blend bersama hati pari.
  3. Letak di atas daun pisang/aluminum foil.
  4. Kemudian perahkan air limau kasturi ke atas hati pari.
  5. Taburkan hirisan daun kunyit.
  6. Bakar dan biarkan di atas api sederhana sampai keluar minyak. Sedia untuk dimakan.

Ikan Pari Masak Lemak Pecal/Cekur

Imej via Facebook

Ikan pari dimasak cekur pula beri kelazatan berlainan. Gerenti akan ketagih apabila makan masakan ini. Wangi cekur amat menambah selera makan. Ikan pari pula lembut hingga ke tulang. Sedap jadi lauk makan tengah hari. Khaulah Abdullah berkongsikan resepi ikan pari masak pecal di Facebook.

Bahan-bahan :

  • Ikan pari,
  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Halia,
  • Cekur,
  • Lada kecil (kalau ingin pedas letak banyak),
  • Kunyit hidup/serbuk kunyit (untuk kuah warna kuning, kalau tidak mahu kuning tidak perlu letak),
  • Santan kotak,
  • Air asam,
  • Daun cekur.

Cara-cara :

  1. Mula-mula bakar ikan pari supaya isi tidak pecah masa masak nanti.
  2. Kemudian tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lada kecil, cekur, kunyit hidup/serbuk kunyit.
  3. Tumis bahan yang ditumbuk sampai pecah minyak.
  4. Bila sudah pecah minyak, masukkan air asam, santan kotak dan masukkan ikan tadi.
  5. Jika sudah mendidih masukkan aji, garam, dan gula.
  6. Hiris daun cekur dan tabur ke atas ikan. Siap.

Ikan Pari Gulai

Imej via Facebook

Jarang-jarang orang buat ikan pari masak gulai. Suriani Mohd mencuba resepi berlainan tersebut dan berkongsi di laman Facebook. Rasa dia tidak pelik pun, lemak sedap gulai amat sesuai dengan ikan yang lembut ke tulang.

Bahan blend :

  • Bawang merah 1 biji,
  • Bawang putih 4 biji,
  • Halia sebesar ibu jari.

Bahan lain :

  • Bawang merah 1 biji hiris,
  • Bawang putih 4 ulas hiris,
  • Daun kari,
  • Cabai kering diblend 1 senduk kecil,
  • Rempah babas 250g ambil separuh sahaja.

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis sehingga kekuningan 1 biji bawang merah hiris, 4 biji bawang putih hiris, dan daun kari.
  2. Kemudian masukkan bahan blend, masak hingga terbit minyak.
  3. Masukkan cabai kering yang diblend 1 senduk kecil.
  4. Masukkan separuh rempah babas 250g.
  5. Masukkan air, masak hingga pecah minyak.
  6. Masukkan air asam jawa (agak-agak sahaja).
  7. Kemudian masukkan ikan pari lebih kurang 6-7 ketul.
  8. Masak sekejap dan masukkan santan.
  9. Tambahkan air ikut takaran 2 kotak air, ikan kena tenggelam. Kuah tidak pekat dan tidak cair sangat.
  10. Apabila ikan sudah separuh masak, masukkan sayur-sayur seperti terung, bendi, dan tomato. Siap.

Pari Bakar Air Asam Belimbing Itang

Imej via Facebook

Bakar-bakar ikan pari untuk makan malam mesti seronok bukan? Apatah lagi dapat ikan pari segar baru siap mancing dekat sungai makin lazat. Makan ikan pari bakar dengan air asam belimbing itang. Sedap ada rasa pedas-pedas manis. Sila cubakan resepi air asam belimbing untuk cicah dengan pari bakar ala Nurulhidayah Abd Wahab di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Cili padi,
  • Bawang besar,
  • Bawang putih 1 ulas,
  • Belimbing itang,
  • Tomato.

Cara-cara :

  1. Kesemua bahan dichopper sahaja semua sekali, atau tumbuk/kisar kasar.
  2. Kemudian letak air asam jawa, gaul-gaul dan letak garam dan gula sedikit. Siap.

Ikan Pari Sinagol

Imej via Facebook

Jenjalan ke pantai timur Sabah pula kita. Menu ikan pari ayam masak sinagol namanya. Menu ini dibuat dengan ikan yang direbus dan dipotong-potong dan kemudian ditumis dengan bawang, cili, halia, kunyit, dan serai. Kawan-kawan semenanjung ada yang pernah makan sinagol? Sherilyn Aidala berkongsikan resepi di laman Facebook.

Bahan A :

  • Ikan pari ayam/pari bunga dipotong-potong,
  • Air asam jawa 30 ml,
  • Tomato 2 biji potong empat.

Bahan tumbuk :

  • Bawang merah 7 biji,
  • Bawang putih 4 biji,
  • Haliah 2 inci,
  • Kunyit hidup ½ inci,
  • Serai 1 batang,
  • Cili padi ikut selera,

Cara-cara :

  1. Rebus bahan A. Kemudian lenyek-lenyekkan mengikut cita rasa.
  2. Tumis bahan tumbuk, satu persatu.
  3. Masukkan bahan perasa, garam dan aji.
  4. Akhir sekali masukkan ikan pari ke dalam tumisan tadi.
  5. Gaul, rasa dan angkat. Kalau ingin tambah kuah boleh campur air sedikit.

Ikan Pari Goreng Pedas

Imej via Facebook

Kelainan ikan pari seterusnya ialah ikan pari goreng seperti dimasak oleh Nurul Shuhada Nsar yang dikongsi di laman Facebook. Walaupun resepi ini simple tapi sedap ya amat. Rasa lemak pedas manis makan dengan nasi putih memang sedap betul.

Bahan-bahan:

  • Ikan pari dipotong ikut saiz anda,
  • Bawang merah 1 biji hiris,
  • Bawang putih 2 biji hiris,
  • Halia sebesar ibu jari hiris,
  • Daun kari,
  • Cili padi hijau dan merah secukupnya hiris.

Cara-cara :

  1. Gaulkan ikan pari dengan kunyit dan sedikit garam.
  2. Kemudian goreng ikan pari sehingga sedikit garing.
  3. Guna minyak yang sama buang separuh, tumiskan bahan-bahan yang kita sediakan tadi.
  4. Bila bahan tumis hampir garing dan naik bau, bubuh cabai melaka, sedikit cabai hidup.
  5. Masukkan ikan pari yang digoreng tadi dan perasakan dengan sedikit garam@Ajinomoto kalo suka.

Pari Kering Masak Asam

Imej via Facebook

Masak asam kali ini kita guna air asam jawa. Lauk ini lebih sedap jika dibuat agak berair. Bila ikan pari kering direndam dengan air asam jawa maka akan mencetuskan rasa asam masin pedas yang memikat. Nikisyaron Nikiysa berkongsi resepi ikan pari masak asam di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Ikan pari kering dipotong-potong,
  • Asam limau,
  • Hirisan bawang merah,
  • Hirisan bawang putih,
  • Cabai dibelah sedikit hujung dia,
  • Air asam jawa.

Cara-cara :

  1. Ikan pari direndam dengan asam limau biar hilang hanyir.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, dan cabai.
  3. Masukkan ikan, masak sekejap. Kacau-kacau sekali-sekala.
  4. Kemudian masukkan air asam jawa. Tambah air jika kuah kurang, biar mendidih dulu.
  5. Rasa dulu sebelum letak garam kerana kadang ikan kering ada yang masin ada yang tawar.

Ikan Pari Asam Pedas Melaka

Imej via Facebook

Lain negeri lain masaknya. Asam pedas melaka ini kalau letak belacan lagi sedap. Kalau ingin rasa kesedapan lagi biar masak awal 3@4 jam sebelum dimakan, lagi lama lagi sedap kerana baru sebati rasa dia. Gunakan ikan segar, lagi terasa kesedapannya sampai boleh hirup kuah. Ayuh kita cubakan resepi daripada Nazarina Che Man di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 4 ketul ikan pari, (dibasuh bersih)
  • 3 biji bawang merah,
  • 1 biji bawang putih,
  • 2 cm halia,
  • 1 mangkuk cili kering kisar – boleh letak lebih,
  • 3 cm belacan,
  • 2 cm kunyit hidup,
  • 1 sudu besar lada hitam,
  • 3 batang serai dititik,
  • 1 sudu teh halba,
  • Daun kesum + bungan kantan,
  • Bendi/terung,
  • Air asam jawa secukupnya,
  • Garam dan gula,
  • Minyak untuk menumis.

Cara-cara :

  1. Bawang merah, bawang putih, halia, cili, belacan, kunyit dan lada hitam diblend sekali.
  2. Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan blend tadi dan serai. Terus tumis hingga garing dan pecah minyak.
  4. Apabila sudah garing, masukkan gula 1sdt (agak-agak jangan manis sangat).
  5. Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  6. Masukkan ikan, kacau-kacau sedikit, dan masukkan air asam jawa.
  7. Banyaknya asam jawa bergantung kesukaan anda ingin kuah pekat atau cair. Kalau cair sangat tidak sedap pula.
  8. Akhir sekali masukkan bendi atau terung.
  9. Perasakan dengan garam dan biar dia mendidih, tutup api.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan pari, kami juga menulis resepi menarik lain yang patut anda cuba. Terima kasih sudah berkunjung ke website kami. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.