Tercari resepi ikan masak kicap?

Cara sama macam ayam masak kicap namun kali ini kita menggunakan ikan cencaru. Tengku RosElyza Raja Muhammad di laman Facebook berkongsikan resepi ikan cencaru masak kicap mudah dan sedap.

Yang menarik jika menggunakan ikan cencaru ialah sebaiknya mencabut kulit ikan terlebih dulu. Kerana kulit ikan cencaru agak tebal berbanding ikan biasa umumnya.

Resepi ini konfirm akan disukai kanak-kanak kerana ia manis dan sedap. Jika ingin pedas sila tambah cili sesuai selera. Sila masak ikan masak kicap untuk hidangan makan petang mahupun malam.

Resepi Ikan Masak Kicap

ikan masak kicap

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 4 ekor ikan cencaru (lumur kunyit dan garam),
  • Cili kisar (1senduk),
  • Bawang putih/merah/halia (kisar),
  • Kayu manis, bunga lawang,
  • Bawang merah hiris bulat,
  • Cili merah (hiris dan potong),
  • Kicap manis,
  • Sos cili,
  • Sos tomato,
  • Sos tiram,
  • Air secukupnya.

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis bahan kisar sampai naik bau atau kekuningan.
  2. Masukkan bunga lawing dan kayu manis.
  3. Masukkan cili kisar tumis sampai pecah minyak.
  4. Masukkan semua jenis sos (jika pekat tambah air sedikit).
  5. Tumis lagi baru masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan bawang hiris dan cili merah. Kacau sekejap baru masukkan ikan. Gaul rata
  7. Tutup api, siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan masak kicap, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.