Siapa di sini suka makan hati lembu? Yang mana suka makan hati lembu perlu baca perkongsian kami hari ini iaitu resepi hati lembu masak jintan.

Ini ialah menu kegemaran ramai. Orang belah utara mesti biasa makan hidangan ini. Makan dengan nasi minyak boleh, nasi putih pun boleh. Dihidangkan untuk acara kenduri pun juga boleh. Sedap terangkat.

Tanpa tunggu lama, mari tengok resepi perkongsian oleh Zatulnatuhain Ahmad‎ di laman Facebook. Telah kami kemaskan dibawah ini untuk anda. Selamat mencuba.

Resepi Hati Lembu Masak Jintan

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 kg hati lembu,
  • 5 biji bawang besar*,
  • 2 inci halia*,
  • 6 ulas bawang putih*,
  • 1 batang kayu manis,
  • 2 sudu makan serbuk jintan manis,
  • 2 sudu makan serbuk jintan putih,
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar,
  • 1 sudu makan serbuk kunyit,
  • 1 sudu makan lada hitam yang ditumbuk,
  • 2 keping asam keping,
  • Garam, gula dan Aji secukup rasa,
  • Bawang holland dan cili padi.

Cara-cara :

  1. Blend bahan bertanda*, tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk jintan manis, bawang putih, ketumbar dn kunyit.
  3. Tambah ½ cawan air masak hingga mengelegak.
  4. Masukkan hati, gaul sebati.
  5. Kemudian masukkan asam keping, kalau ingin berkuah tambah sedikit air.
  6. Kemudian masukkan lada hitam dan seimbangkan rasa.
  7. Akhir sekali masukkan bawang holland dan cili padi, masak sampai pecah minyak.
  8. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi hati lembu masak jintan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.