Ingin masak apa sempena sambut hari bercuti ini? Kami ada satu resepi sayur cendawan enoki sedap dan mudah. Makanan ini tular sejak kebelakangan ini. Makanan ini diperkenalkan oleh salah seorang artis Malaysia, dan menariknya makanan ini mendapat sambutan dalam kalangan netizen.
Kami dedahkan resepinya iaitu enoki butter super creamy dan sedap. Cara masaknya amat mudah di mana cendawan enoki ditumis dengan butter, garlic, dan diberi perasan air lemon. Siapa sangka cendawan enoki yang comel itu boleh buat masak sebegini. Masa yang diperlukan untuk masak cendawan enoki butter tidak lama. Sesuai sangat untuk anda yang melakukan banyak aktiviti di rumah.
Ayuh cuba buat bersama resepi enoki garlic butter viral resepi Anju. Serius sedap makan panas-panas memang terangkat. Makan dengan nasi putih ala-ala Korea memang bikin ketagih. Resepi dikongsikan oleh Az Hanie Ismail di laman Facebook.
Selain resepi enoki butter, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.