Sebagai seorang rakyat Malaysia, pastinya donat merupakan salah satu kuih yang menjadi kegemaran kita bukan? Lagi lagi apabila ianya disalut bersama gula, pasti dapat mengimbau kenangan semasa kecil dahulu, membeli kuih donat selepas balik sahaja daripada sekolah. Donat juga boleh dimakan sewaktu minum petang, dihidangkan bersama air teh o panas. Wah, lazatnya.

Selalunya, kita akan membeli donat di gerai berdekatan dengan kita. Akan tetapi, tahukah anda bahawa cara pembuatan donat amat mudah dan membuatnya boleh dijadikan salah satu aktiviti sihat bersama anak – anak. Hasilnya juga pasti akan menjadi sangat lazat dan digemari oleh anak – anak anda. Selain dapat merapatkan hubungan kekeluargaan, perut pun kenyang kan?

Resepi yang kami ingin bawakan kali ini sangat mudah, ringkas dan sangat sesuai untuk pelajar, ataupun sesiapa sahaja yang baru belajar untuk memasak kerana bahannya sangat mudah untuk didapati. Resepi ini telah dikongsikan oleh Sue Syafieqa Balqis dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook.

Resepi Donat Gebu Mudah

donut gebu

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Tepung Gandum 500gram
  • Yis setengah paket
  • Garam setengah sudu kecil
  • Minyak masak 3 sudu makan
  • Susu manis 2 sudu makan
  • Gula 2 sudu makan
  • Setengah cawan air sejuk yang ada ais

Nota: Bancuhkan yis, gula, susu manis ke dalam air setengah cawan air masak, kacau dan tutup. Tunggu sehingga berbuih.

Tips rahsia pelembut donat:

Bahan – bahan:

  • Tepung gandum 2 sudu makan
  • Air masak setengah cawan

Masakkan atas kuali dengan api yang kecil sampai likat, donat akan lembut sampai esok insyaAllah.

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan tepung, minyak masak, garam ke dalam bekas. Gaulkan.
  2. Masukkan pula tepung yang dimasak di atas kuali dan gaul lagi.
  3. Masukkan bancuhan yis sikit demi sedikit.
  4. Akhir sekali masukkan air ais tadi sedikit demi sedikit uli sampai tak lekat di tangan (sekiranya lembik tambahkan tepung)

Nota:Saya uli sampai licin dalam 15 minit. Tutup doh dengan pinggan/kain basah selama 30 minit. Bentukkan dengan apa – apa bentuk yang anda suka. Saya buat bentuk ring dan bentuk jalin.

Tips donat montok gebu lajak:

  1. Bulatkan donat macam nak buat pau tu.
  2. Rehatkan di dulang selama 10 minit.
  3. Kemudian, menggunakan jari telunjuk, tekan ditengah donat.
  4. Rehatkan lagi selama 10-15 minit dan  baru goreng.

Resepi diambil daripada sumber facebook dan diolah oleh Sue Syafieqa Balqis. 

Resepi – resepi lain yang menarik:

Pelbagai lagi resepi yang pastinya boleh menambah variasi pada hidangan anda terdapat disini. Jangan lupa untuk mencuba resepi – resepi yang ada dan kongsikan bersama rakan – rakan anda ya!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.