Anda selalu teringin nak makan daging masak paprik? Jika ya anda datang ke tempat yang betul kerana hari ini kami akan kongsikan resepi daging masak paprik yang power
Kalau anda sebut tentang paprik, perkara pertama yang terlintas di fikiran mesti nasi goreng. Ya, nasi goreng dan paprik tidak dapat dipisahkan.
Anda boleh cuba sendiri resepi ini di rumah dengan hanya menggunakan bahan bahan yang ada di dapur sahaja. Mudah bukan? Sememangnya ia memudahkan urusan untuk ibu ibu di luar sana
Kini anda tidak perlu keluar ke rumah lagi untuk makan nasi goreng paprik. Anda hanya perlu ke dapur sahaja! Apa tunggu lagi. Ayuh cuba resepi ini sekarang.
Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Hawa Nadila Saridan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.
Resepi Daging Masak Paprik
Bahan bahan
(2 orang makan)
Daging/Ayam/Udang/Sotong (ikut pilihan hati)
2 biji bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 sudu besar lada kisar
1/2 lobak merah
1 bungkus jagung (dipotong ikut suka)
1/2 lada benggala (dihiris atau dipotong ikut suka)
Bunga kobis (agak agak dengan sayuran di atas)
Sedikit daun limau purut
Garam
21/2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Minyak (untuk menumis)
Cara cara memasak
Pastikan daging direbus terlebih dahulu dan dihiris nipis mengikut kehendak memasing. Saya biasa akan guna daging batang pinang bagi memudahkan masakan.
Masukkan sedikit minyak masak dan tumiskan bawang putih yang telah diketuk bersama lada kering yang dikisar. Tumis sehingga naik bau dan lada nampak matang dan masukkan daging masukkan daging/ayam/udang/sotong dan digaul dengan sebati supaya rasa akan meresap dalam bahan utama tersebut.
Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram mengikut bahan yang sedia ada dalam kuali (agak-agaklaa berapa banyak tu).
Tuangkan sedikit air dan disusuli dengan karot, bunga kubis bagi memastikan bahan ini lembut terlebih dahulu. Masukkan juga daun limau purut bagi menambah aroma masakan tersebut.
Apabila masakan kelihatan mengelegak, masukkan jagung, lada bengala dan bawang besar. Letakkan sedikit garam. Jika mahu letak perasa dipersilakan tetapi saya masak tak guna serbuk perasa. Hanya garam sahaja.
Seterusnya boleh dihidang apabila masakan siap dimasak.
Kite ada lada besar je. Lobak takde
*guna barang yang ada dalam peti je
Resepi Daging Lain Yang Menarik
Selain resepi daging masak paprik, kami juga mempunyai beberapa resepi daging lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.
Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.
Kongsikan Artikel ini
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.