Sebelum ini pernah viral resepi daging harimau menangis ini mungkin dek kerana bahagian daging lembu yang unik. Dicicah pula dengan sos sambal Thai cukup membuatkan anda termimpi-mimpi bila makan.

Maksud daging harimau menangis ini ialah bahagian daging yang dikatakan sangat lembut bila dimakan dan mudah empuk bila dimasak. Resepi daging harimau menangis ini asalnya dari negara jiran kita iaitu Thailand, dan dikatakan juga hidangan yang sangat popular disana.

Sekarang pun ramai yang dah mula menjual daging harimau menangis ini, tapi harga pun boleh tahan. Jadi jika anda craving daging level kayangan ini apakata anda cuba resepi yang dikongsikan oleh Sitisarah Hamid ini beserta dengan resepi sos pencicah sekali. Pasti dah tak sabar kan? Jom baca!

Resepi Daging Harimau Menangis Dan Sos Pencicah

Imej via : Facebook

Bahan- bahan

Perapan daging

  • Daging yang dihiris nipis
  • Bawang putih yang di cincang
  • Nisan padi (gula kabung)
  • Nampla (sos ikan)
  • Sos tiram
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak
  • Kicap pekat
  • Ajinomoto (jika perlu)
  • Garam (jika perlu)

Sos Harimau Menangis

  • Nisan padi (gula kabung thai)
  • Jus limau thai
  • Nampla (sos ikan)
  • Beras goreng (blend)
  • Serbuk lada kering thai
  • Daun ketumbar (hiris)
  • Bawang merah( mayang)
  • Garam (jika perlu)

Cara penyediaannya

  1. Gaul semuanya dan perap semalaman.
  2. Jangan letak air supaya daging lembut dan juicy.

Sos Harimau Menangis

  1. Campurkan nisan padi, nampla dan jus limau, serbuk lada kering dan beras goreng.
  2. Kacau sehingga sebati masukkan bawang yang dimayang dan daun ketumbar.
  3. Perah asam limau. Siap.

Resepi Menarik Lain

Kalau anda nak tahu banyak lagi resepi menarik yang kami kumpulkan khas untuk anda. Terima kasih kerana telah singgah di laman web kami. Jangan lupa share dan like ye!

Penulis: Faten Asnida

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.