Anda pernah cuba makan daging dendeng? Tentu enak bukan? Bagi yang belum pernah makan, apa kata anda cuba sendiri resepi daging dendeng ini!
Daging dendeng ini amat popular di musim musim perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban. Namun kini, ia boleh dimakan bila bila waktu yang anda suka.
Apa kata anda jadikan resepi ini sebagai rujukan bagi menu makan tengah hari anda. Pasti puas hati seisi keluarga anda dengan resepi ini yang dikhabarkan sedap hingga menjilat jari.
Untuk pengetahuan semua, resepi ini telah mendapat 4.3 ribu perkongsian semenjak ia di post. Wah, tentu menjadi resepi ini kan.
Ayuh. Apa anda tunggu lagi. Ayuh segera ke dapur anda sekarang.
Resepi ini dikongsikan oleh Tyna Shamsuddin dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.
Guna minyak yang sama tadi, tumis serai yang dah diketuk, kayu manis, bunga lawang & daun limau purut. Kacau-kacau kemudian masukkan cili blend tadi. Goreng sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan kicap lemak manis dalam 1/2 cawan (atau agak-agak la ye). Masukkan sedikit air asam jawa. Perasakan dengan garam & gula
Masukkan bawang goreng yang dah digoreng tadi. Kacau sehingga bawang goreng tadi sebati dengan warna masakkan.Kalau nampak pekat sangat, boleh tambah lagi air. Kalau terlalu banyak air, takpe tunggu sehingga kuahnya kering. (Ikut suka, kalau saya mmg suka kering)
Selain resepi daging dendeng, kami juga mempunyai beberapa resepi daging lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.