Mahu resepi daging black pepper?Jom masak daging black pepper!

Daging black pepper atau lada hitam merupakan masakan yang sangat terkenal di Asia. Daging lada hitam sesuai dihidangkan pada majlis-majlis istimewa. Masakan ini biasa dijadikan lauk dimakan bersama nasi.

Lada hitam sendiri memiliki banyak khasiat. Selain baik untuk kesihatan, lada hitam juga dapat merangsang selera makan. Cara memasak daging lada hitam ialah dengan menumis daging bersama rempah-rempah pilihan, daging ditumis sehingga pekat dan menghasilkan warna yang menarik serta rasa yang gurih dan enak.

Daging lada hitam banyak dijual di restoran melayu, restoran thai, mahupun restoran cina. Harga daging lada hitam pula mencapai RM 10 untuk satu pinggan. Harga yang mahal namun sesuai dengan rasanya yang memang sangat sedap.

Oleh itu, pada tulisan kali ini kami berkongsi resepi daging lada hitam supaya anda dapat membuat daging lada hitam kegemaran anda mengikut selera anda dan keluarga. Anda pula boleh makan sepuasnya dan tidak perlu pergi ke kedai. Daging lada hitam boleh anda nikmati bila-bila masa sahaja.

Resepi daging lada hitam yang dikongsikan oleh ‎Mazliza Ahmad‎ di Facebook ini sangat disukai ramai dan telah mendapat perkongsian sebanyak 6K. Sila cuba resepi ini dan hidangkan daging lada hitam terbaik anda.

Resepi Daging Lada Hitam

daging black pepper

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1/2 kg daging (potong nipis dan basuh).
  • 2-3 biji kentang (potong ikut suka).
  • *1 biji bawang besar.
  • *4 ulas bawang putih.
  • *1 inci halia.
  • *2 sudu makan lada hitam.
  • 3 sudu makan sos tiram.
  • 3 sudu makan cili sos.
  • Kicap lemak manis (tuang ikut hitam mana yang kita suka).
  • Garam dan perasa.
  • 1 sudu makan gula.
  • Cili masak/cili hijau, belah.
  • Cilipadi, 5-6 tangkai.
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat.

Cara Membuat :

  1. Blend bahan bertanda*.
  2. Masukkan bahan blend dalam daging.
  3. Masukkan cili sos, sos tiram dan kicap.
  4. Gaul rata daging dan bahan.
  5. Panaskan sedikit minyak dan tumis daging tadi.
  6. Masukkan kentang.
  7. Masukkan garam, perasa dan gula.
  8. Masak hingga daging dan kentang empuk dan agak pekat (kalau daging belum empuk boleh tambahkan air).
  9. Akhir sekali, Masukkan cili padi, cili belah dan bawang hiris.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi daging lada hitam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.