Banyak sebenarnya bahan yang boleh dicampurkan dengan cucur ini. Ada yang memanggilnya cekodok, cucur juga merupakan kuih yang boleh dimakan tidak kira waktu. Nampak macam senang kan nak buat cucur ikan bilis ini? Tapi untuk dapatkan tekstur lembut didalam dan rangup diluar mempunyai caranya sendiri.
Resepi cucur ikan bilis ini kami sediakan dan tips untuk anda dapatkan tekstur cucur yang rangup. Nak dapatkan cucur yang rangup diluar lembut didalam ini, anda perlu menggunakan air panas dalam bancuhan tepung, air panas ini adalah air yang betul- betul menggelegak. Baru lah anda akan dapat tekstur rangup bila makan berbunyi krup krap. Kami himpunkan koleksi resepi cucur ikan bilis untuk anda.
Resepi Cucur Ikan Bilis Nasi
Kalau ada lebihan nasi semalam dan tak tahu nak buat apa, jangan buang. Apakata anda buat cucur ikan bilis nasi. Sedap dan rangup teksturnya. Kenyang sampai ke tengahari. Jom baca resepi oleh Jaja Noriza.
Bahan-bahan
Tepung gandum(anggaran 2 cawan)
Nasi yg dikisar(anggaran 1 cawan)
segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)
1/2 biji bwg Holland atau bwg besar
Daun bawang, taugeh, kucai, cili merah
1 biji telur
Garam, serbuk kunyit
1 sudu teh baking powder(optional)
Air sejuk
Cara penyediaan
Campur bawang taugeh kucai,daun bawang nasi, ur,ikan bilis dalam mangkuk dan kacau dulu.pastu tambah tepung dan gaul lagi.letak sedikit air kalau terlalu pekat.letak garam,serbuk kunyit dan baking powder secukupnya.kacau sebati.adunan tak bole cair nanti korang punye cucur leper..mesti pekat mcm dlm gambar tau..
Panaskan minyak kemudian ceduk adunan guna jari jemari je senang nak dapat bentuk bulat²..goreng Smpai garing dan angkat.sedia dihidang..😊😊(Biasanya akak bancuh main agak² je.takde sukatan yg tepat.telebih terkurang tambah je tepung atau air cuma pastikan bancuhan kena pekat)
*Jika tak guna baking powder pun takpe janji adunan pekat.*Kdg² sy letak marjerin dlm 2 sudu besar dlm adunan.cucur rangup dan lembut didalam.
Resepi Cucur Ikan Bilis Comey
Nak dapatkan rupa bentuk cucur yang bulat terbentuk ini ada teknik rupanya. Ada yang suka makan cucur bulat kemas katanya. Resepi dari Irhana Carnella anda wajib follow untuk mendapatkan rupa cucur yang bulat.
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
Segengam ikan bilis (cuci pastu tumbuk kasar)
Secubit garam
Kiub pati ayam (guna separuh saja)
Daun bawang@kucai
Sebiji bawang besar
2 cawan air panas (kena betul-betul panas)
Cara penyediaan
Masukkan semua bahan-bahan dalam bekas gaul sebati.
Masukkan air panas dan gaul, gaul pakai senduk jangan guna tangan pulak nanti melecur, bancuhan memang agak melekit sikit.
Letak minyak masak kat tapak tangan uli bulat dan goreng siap. Selamat mencuba.
Resepi Cucur Ikan Bilis Bawang
Jika anda memang penggemar bawang, jom cuba resepi cucur ikan bilis bawang ini. Bila dapat makan memang terasa rangup dengan kehadiran bawang. Jom ikuti resepi dari Roslinda Razak.
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
3 cawan air pns suam
Segenggam ikan bilis – di tumbuk
Daun sup – di hiris
Bawang besar – di hiris
Garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng
Cara penyediaan
Gaulkan tepung gandum dengan garam sehingga sebati.
Kemudian masukkan air panas suam kacau hingga rata.
Akhir sekali masukkan bahan-bahan yang di hiris dan bahan tumbuk. Siap untuk di goreng & di hidangkan bersama sos @ sambal tumis.
Resepi Cucur Ikan Bilis Spicy
Buat penggemar pedas, cucu ikan bilis spicy ini kami bawakan khas untuk anda. Tanpa mencampurkan cili tetapi menggantikan dengan tepung bestari yang berperisa spicy mungkin akan membuatkan anda makan sambil berpeluh-peluh. Jom baca resepi dari Husna Zawai.
Bahan-bahan
Tepung gandum
Tepung bestari
Telur
Ikan bilis
Bawang merah
Carrot
Sedikit garam
Sedikit baking powder
Air
Cara penyediaan
Gaul semua bahan di atas dan goreng.
Kalau nak lebih spicy tambah lagi banyak tepung bestari . Saya guna yang spicy punya. Nak tambah cili powder pun okay.
Resepi Menarik Lain
Cucur ikan bilis ini boleh dibuat sarapan pagi atau kudapan jika anda terasa lapar. Nak Buat frozen pun boleh. Kalau anda nak tahu kami dah sediakan pelbagai resepi menarik yang lain untuk anda jadikan rujukan memasak. Jika rasa bermanfaat resepi ini jangan lupa share dan like ya.
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.