Pening memikirkan menu sarapan atau minum petang? Apa kata cuba menu Cucur Badak. Cara penyediaannya sangat senang kot. Cucur Badak ini merupakan salah satu kuih tradisional Melayu yang menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama.

Nak dapatkan Cucur Badak yang manis dan sedap, anda kenalah pakai ubi keledek yang berwarna oren atau ungu kerana rasa ubi ini manis walaupun direbus sahaja. Pastikan kelapa yang nak digunakan sebagai inti merupakan kelapa parut yang segar dan berlemak.

Dah dapat tips kan? Apa lagi? Tanpa membuang masa jom tengok resepi Cucur Badak yang kami kongsikan di bawah ini. Resepi yang dikongsikan oleh Leeina Qaliena di Facebook ini mendapat perkongsian ramai. Nescaya mudah dan sedap. Selamat mencuba.

Resepi Cucur Badak 

resepi cucur badak
Imej via facebook

Bahan-bahannya

Bahan A : Doh

  • 500 gm keledek yg sudah di kukus
  • 125 gm tepung selfraising
  • Sedikit butter atau majerin (5gm)
  • Sedikit garam halus

Bahan B: Bahan Inti kelapa pedas 

  • 2 biji kelapa parut putih
  • *5 biji bawang kecil
  • *3 ulas bawang putih 
  • *1/2 inci halia 
  • *2 batang serai
  • *1 sudu besar jintan manis (digoreng tnpa minyak utk naik baunya)
  • *segenggam udang kering
  • 15 ekor udang segar di goreng sebentar dan di tumbuk 
  • *15 tangkai cili kering dibuang biji (cuci n rebus toskan airnya)

Cara penyediaannya

Doh:

  1. Keledek di kukus hingga empuk. Masa panas-panas terus lenyek halus dengan garam
  2. Biarkan sejuk baru campur tepung dan uli hingga jadi doh.
  3. Timbang 30 atau 40 gram dan letak inti. Kemaskan.
  4. Kalau melekat sapu tangan dengan sikit minyak masak.
  5. Goreng dalam minyak banyak dan api yang perlahan. Sambil goreng balik-balikkan cucur badak agar cantik dan bulat.
  6. Untuk frozen, goreng sebentar dengan api sederhana, goreng separuh masak dan sejukkan di atas towel kitchen, baru packing dan frozenkan.

Inti:

  1. Blender semua bahan kecuali kelapa dan udang yg ditumbuk.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan blender dan udang yang ditumbuk hingga naik bau .
  3. Tambah sedikit air asam jawa dan masukan garam, gula & sedikit maggie cukup rasa.
  4. Kacau sebati dan masukkan kelapa.
  5. Masak hingga sedikit kering.

Selamat mencuba! Selain resepi Cucur Badak ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.