Sekarang ini boleh dikatakan makanan-makanan dari luar negara semakin menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Di antaranya Bibimbap Korea, Sushi Jepun, Vietnamese Roll dan banyak lagi. Tapi yela kan , bila sebut makanan luar negara ini, pastinya harga nya bukan biasa-biasa. Nak makan selalu mestilah pening juga kan. Tambah-tambah zaman kegawatan ekonomi.

Tapi, tapi tetap rasa nak makan kan? Cubalah buatnya sendiri di rumah. Pasti lebih jimat dan lebih puas. Nak makan banyak mana pun boleh. Sangatlah bijak ekonomi terutama untuk yang ahli keluarga nya ramai.

Bibimbap korea merupakan makanan yang mengandungi semua diet makanan yang diperlukan oleh tubuh badan. Jadi sudah pastinya makanan ini sihat dan berkhasiat untuk tumbesaran anak-anak.

Dibawah ini kami kongsikan resepi bibimbap korea yang telah dikongsikan olehNursalwani Kamal di Facebook dan mendapat perkongsian ramai. Resepinya mudah sahaja. Jemput baca dan mencubanya.

Resepi Bibimbap Korea

bibimbap korea

Imej via facebook

Cadangan Hidangan: 1 orang

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk kecil nasi putih campur minyak bijan dan garam (beras sumo)
  • 1 biji telur
  • ½ batang timun jepun (potong halus)
  • ½ batang carrot (potong panjang)
  • Kimchi (pilihan)
  • Bayam (pilihan)
  • Cendawan shitake
  • Tauge
  • Minyak bijan
  • Bijan

Sos Bibimbap

  • 1 bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu gochujang (Boleh gantikan dengan sos korea pedas jika tiada)
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1 sudu cuka
  • 1 sudu gula perang

Bahan perapan [email protected]:

  • Bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu kicap cair
  • 2 sudu jus epal (pilihan)
  • Secubit garam
  • 1 sudu gula perang
  • 1 sudu minyak bijan

Cara penyediaannya:

  1. Campurkan bahan perapan dan gaul sebati. Perap selama 30 minit (Perap semalaman lagi untuk kick kan rasa dia).
  2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan gorengkan carrot (yang digaul bersama minyak bijan dan garam) sehingga layu
  3. Lakukan langkah yang sama untuk timun jepun
  4. Rebuskan tauge dan bayam berasingan dan perasakan dengan secubit garam. Toskan tauge dan bayam.
  5. Campurkan bahan sos dan gaul rata. Tambahkan 1 sudu madu (pilihan)
  6. Gorengkan perapan [email protected] sehingga air kering.
  7. Susun sayur dan [email protected] ke dalam mangkuk nasi. Letakkan telur sunny side up dan sos bibimbap.
  8. Tuangkan 1 sudu minyak bijan disekeliling mangkuk.

Dah siap. Bolehlah enjoy your Bibimbap! Tapi ingat tau, ini resepi untuk satu hidangan. Boleh gandakan menikut perkiraan masing-masing ya. Selamat menjamu selera.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Bibimbap Korea, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya

Penulis: Dhiaa Syamimi

Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.