Semua orang teringin buat cookies mudah yang cepat, sedap, rangup dalam sekali makan. Kini, semua keinginan itu akan kami tunaikan. Dengan resepi yang kami tuliskan di bawah ini, gerenti cookies menjadi.

Jom cuba resepi cornflakes cookies ini.

Bersama resepi yang kami hadirkan daripada Husreezal Rushdee Husin di laman Facebook, menyediakan cookies jadi mudah. Dengan cara penyediaan resepi yang kemas anda mudah memahami cara membuat cookies yang benar.

Cornflakes crunchy cookies, antara cookies mudah yang ramai dibincangkan. Terlebih lagi pada hari-hari tertentu semisalnya hari raya atau perayaan lain. Tidak terkecuali walaupun hanya dijadikan kudapan hari-hari.

Mari cubakan resepi cornflakes crunchy cookies mudah ini seawal sahaja anda mendapati resepi ini. Selamat berkreativity.

Resepi Conflakes Crunchy Cookies

cookies mudah cornflakes

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 ¾ cawan tepung gandum,
  • ¼ cawan tepung jagung,
  • ½ sudu teh baking powder,
  • 2 cawan cornflakes ramas kasar,
  • 200 gram buttercup (suhu bilik),
  • ¾ cawan gula kastor,
  • 1 biji kuning telor.

Cara-caranya :

  1. Gaul gula dan butter lebih kurang 5 minit, masukkan kuning telur dan kacau rata.
  2. Masukkan campuran tepung dan baking powder serta cornflakes, gaul sebati.

    cookies mudah cornflakes

    Imej via Facebook

  3. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 170°C.
  4. Acukan guna sudu makan adunan dan susun dalam dulang pembakar.
  5. Bakar selama 15-20 minit dengan kepanasan atas bawah.
  6. Sejukkan sebelum disimpan dalam balang.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cornflakes crunchy cookies, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.