Nama cookies ini ialah resepi chocolate crinkles cookies.

Rasa cookies ini sangatlah unik. Ada rasa kenyal bila digigit, tapi bila dibuat kecil-kecil jadi rangup pula dia. Menarik bukan?

Bagi sebahagian orang mungkin ada yang baru pertama kali tengok resepi ini. Penasaran ingin mencubanya? Islam Indah ada berkongsikan resepi crinkles cookies di laman Facebook. Paling best lagi anda boleh bakar dengan menggunakan dapur gas. Rugi kalau tidak cuba buat.

Resepi Chocolate Crinkles Cookies

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Tepung gandum 1 cawan,
  • Gula 1 cawan (saya pakai ¾ cawan),
  • Serbuk koko ½ cawan,
  • Telur 2 biji,
  • Butter@minyak ¼ cawan (50g),
  • Garam ½ sudu teh,
  • Baking powder 1 sudu teh,
  • Chocolate chips,
  • Powder sugar untuk digolek (saya kisar kering gula biasa).

Cara-cara :

  1. Satukan telur, gula, garam dan butter ke dalam mangkuk, pukul sebati.
  2. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang diayak, gaul sebati (pakai senduk@spatula).
  3. Rehatkan adunan dalam peti ais sekurang-kurangnya 8 jam.
  4. Ambil sedikit doh, bulatkan, golekkan ke atas powder sugar.
  5. Kalau pakai oven, preheat 180°C 20 minit, bakar 180°C 10-15 minit (ikut oven masing-masing).
  6. Kalau pakai dapur gas, panaskan periuk bertutup selama 5 minit dengan api kecil, kemudian bakar 15-20 minit api kecil.
  7. Sejukkan sebelum dihidang.

Nota :

Doh boleh disimpan dalam peti ais dalam jangka masa yang agak lama, jadi boleh dapat fresh bake cookies bila-bila masa selagi doh masih ada.

Resepi Menarik Lain

Kami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.