Siapa di sini suka makan chicken chop? Resepi chicken chop ini wajib anda baca.
Chicken Chop adalah salah satu menu barat yang diubah suai mengikut selera orang Malaysia. Sangat terkenal dalam menu makanan barat orang kita, terutamanya di restoran – restoran. Setiap hidangannya lengkap dengan sumber protein, karbohidrat dan serat.
Ianya mengandungi ayam yang digrill atau digoreng rangup, dicurahi sos lada hitam yang harum baunya juga pedas. Kentang goreng yang digoreng keemasan mengenyangkan serta salad coleslaw yang enak untuk melengkap set chicken chop kita. Lengkap! Satu hidangan yang amat mengenyangkan.
Tanpa kita membuang masa lagi, mari kita mencuba resepi ini.
Resepi yang telah mendapat perkongsian ramai di laman Facebook ini dikongsi oleh Nur Nabilah Razak.
Resepi Chicken Chop
Bahan – bahan:
Blackpepper Sauce:
1 labu bawang besar holland (warna kuning) dicincang halus
4 sudu besar (rata) tepung gandum
2 kiub ayam
2 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
4 cawan air
4 sudu besar mentega
Coleslaw
Kobis saiz kecil
2 batang lobak merah
2 atau 3 sudu besar mayonis
Ayam
4 keping bahagian peha ayam yang telah dibuang tulang.
Sos tiram 3 sudu besar
Sos HP 2 sudu besar
Garam secukup rasa. Kurang lebih baik.
Perap seketika semua bahan. Anggarkan sukatan sos mengikut jumlah ayam.
Kentang French Fries
Cara – cara memasak:
Blackpepper sauce
Cairkan mentega ke dalam periuk ,tumis bawang besar hingga layu dan wangi.Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau selalu.
Masukkan air. Kacau sebati (guna hand whisk).
Masukkan kiub ayam.
Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan kicap. Kacau sebati.
Ubah suai sukatan air untuk kepekatan yang anda inginkan.
Sesuaikan rasa.
Coleslaw
Hiris halus atau sagat sayur-sayuran.
Gaulkan dengan mayonis mengikut tahap basah yang kita inginkan.
Ayam
Letakkan sesudu minyak masak dalam kuali leper.
Tunggu panas dan grill ayam yang telah diperap tadi sehingga masak.
Kentang French Fries
Kentang digoreng mengikut arahan pembungkus dan sukatan yang anda inginkan.
Siap!
Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:
Terdapat juga beberapa resepi lain yang anda boleh cuba. Resepi – resepi ini telah mendapat perkongsian ramai dan ternyata lazat. Jangan lupa untuk mencuba semua resepi ini dan berkongsi bersama rakan – rakan dan yang tersayang!
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.