Hari ini kami hadirkan satu resepi Jepun yang menarik. Antara hidangan Jepun yang menarik dan paling digemari ialah chawanmushi atau steamed egg custard. Rasanya lembut, mengalir ditekak, sedap dimakan panas-panas.

Di Jepun, chawanmushi dibuat daripada campuran telur, ayam dan dashi yang dikukus dalam mangkuk. Kemudian makanan ini akan dihidangkan bersama mangkuknya sekali.

Resepi Chawanmushi biasanya dijadikan sebagai hidangan sampingan. Lembut, lemak, masin, cair di tekak. Sedap juga dimakan bila sakit tekak dan demam. Anak kecil biasanya amat suka chawanmushi.

Resepi chawanmushi kali ini dikongsikan oleh Ida Alina Salleh, membuat chawanmushi sebagai hidangan sampingan yang diolah dengan bahan yang ada saja. Tidak ada kombu atau bonito untuk membuat stok “dashi” di sini. Cik Ida menggunakan stok pekat ayam supaya cepat.

Resepi Chawanmushi

cawanmushi

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Sekeping thigh ayam, ambil daging, tulang dimasukkan dalam periuk untuk direbus. Daging dipotong kecil dan perap dengan :
  • 2 sudu kecil kicap cair,
  • Beberapa titik minyak bijan,
  • Sedikit lada sulah,
  • 3 cendawan shiitake kering, rendam dalam air panas sejam.
  • Stok pekat ayam dicampur dengan air (jika buat stok sendiri lebih baik). Jadikan dalam 550 ml stok.
  • 3 biji telur gred A.

Cara-cara :

  1. Masukkan stok ayam ke dalam periuk yang mengandungi tulang ayam. Masukkan juga cendawan shiitake kering yang telah direndam.
  2. Renihkan dengan api perlahan dan periuk bertutup selama 20 minit.
  3. Matikan api, ketepikan.
  4. Keluarkan cendawan shiitake dan hiris.
  5. Masukkan kepingan ayam yang sudah berperap dan hirisan cendawan shiitake ke dalam mangkuk-mangkuk kecil. Kalau mahu tambah udang segar pun boleh.
  6. Lebihan bahan perapan ayam tadi masukkan ke dalam 3 biji telur.
  7. Tambahkan ½ sudu garam. Pukul dengan garfu hingga sebati. Jangan sampai terlalu berbuih.
  8. Tuangkan stok yang sudah agak sejuk, ke dalam bancuhan telur tadi. Kocak dengan garfu agar sekata.
  9. Tapiskan ramuan telur bercampur stok itu ke dalam sebuah mangkuk besar.
  10. Sudukan ke dalam mangkuk kecil berisi ayam dan cendawan. Jangan terlalu penuh.
  11. Tutup setiap mangkuk dengan foil.
  12. Kukus dengan api sederhana antara 15-17 minit.
  13. Keluarkan dan hidangkan panas-panas.

    cawanmushi

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cawanmushi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.