Buttermilk Chicken merupakan resepi yang amat lazat untuk dimakan bersama nasi. Aromanya dapat menarik minat sesiapa sahaja dan rasanya memikat hati sesiapa yang merasainya. Tambah pula kepedasan daripada cili api, sekali makan pasti nak lagi.

Akan tetapi, kalau makan diluar sahaja, habislah duit kita. Lagi lagi buat yang keluarga besar, tak puas kalau hanya makan di restoran. Oleh itu, kami bawakan khas kepada anda, resepi buttemilk chicken. Kini, anda bolehlah mencuba resepi ini.

Resepi ini dikongsikan oleh Rozmaliza Omar dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Buttermilk Chicken

buttermilk-chicken
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan untuk ayam goreng tepung:

  • 2 keping isi ayam (potong kecik)
  • 3 sdb tepung bestari
  • Sedikit air

Bahan untuk sos buttermilk:

  • 3 – 4 sdb butter
  • 1 keping cheddar cheese 
  • ½ tin lebih sikit susu cair 
  • 1 kiub ayam Knorr
  • 1 @ 2 sdb susu pekat manis (optional)
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 – 4 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Cili padi dihiris halus

Cara – cara memasak:

Ayam goreng:

  1. Gaulkan isi ayam bersama dengan tepung Bistari dan sedikit air hingga rata.
  2. Perapkan dalam 10 minit.
  3. Goreng hingga kekuningan.
  4. Ketepikan.

Sos Buttermilk:

  1. Panaskan butter hingga cair.
  2. Kemudian tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga wangi.
  3. Masukkan susu cair dan susu pekat manis.
  4. Tambah air sikit dan kiub ayam knorr.
  5. Kemudian masukkan cheese. Biarkan cheese itu cair.
  6. Akhir sekali masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
  7. Kacau rata.
  8. Jika dah cukup masin tak perlu tambah garam.
  9. Siap

Resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.