Teringin membuat burger homemade? Kali ini kami akan berkongsikan resepi prosperity burger homemade yang kebaboom!

Resepi burger homemade yang dikongsikan oleh Amie Samuri di laman Facebook ini menggunakan cara bakar. Dimana bun burger dibakar pada suhu 170°C atau mengikut suhu oven masing-masing.

Dengan cara mudah dan resepi yang senang dari perkongsian ini anda dengan mudah boleh menghidangkan burger bakar untuk kudapan di rumah. Anak-anak mesi akan suka burger air tangan anda. Selamat mencuba.

Resepi Prosperity Burger Bakar Homemade

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 400 gram tepung roti,
  • 100 gram tepung gandum,
  • 50 gram gula halus,
  • 7 gram garam halus,
  • 7 gram yis,
  • 1 biji telur,
  • 27 gram lemak sayuran/shortening,
  • 5 gram RFB atau 4 gram bread softener atau pelembut roti lain.
  • 280-290 ml air sejuk,

Cara-cara :

  1. Uli bahan doh hingga elastik.
  2. Timbang 60 gram dan bentukan.
  3. Perap hingga naik dua kali ganda.
  4. Bakar dengan api 170°C selama 25 menit hingga masak, ikut kepanasan oven masing-masing.

Bahan Burger Patty :

  • Daging kisar,
  • Bawang Holland didadu halus,
  • Sebiji telur,
  • Bread crumb,
  • Lada hitam,
  • Garam,
  • Sos Lea n perriens (optional),

Cara :

  1. Mix semua bahan dan panggang.

Bahan Sos lada hitam

  • 2 sudu besar sos tiram,
  • 2 sudu besar kicap kipas udang manis,
  • Gula perang secukup rasa,
  • Kiub ayam,
  • Lada hitam tumbuk kasar,
  • 1 sudu besar butter/margerin,
  • Air tepung jagung untuk memekatkan sos.

Cara :

  1. Masak semua bahan hingga dapat kepekatan yg sesuai.

Bahan Pelengkap :

  • Cendawan panggang,
  • Hirisan bawang Holland.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi burger bakar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.