Setiap ibu pasti berasa tak sabar untuk memberi bayinya makan untuk kali pertama. Tak sabar-sabar tunggu anak berumur 6 bulan, kan.
Di antara makanan pertama yang boleh anda berikan kepada bayi ialah bubur nasi dan puri. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kungsikan resepi bubur nasi bayi yang boleh anda sediakan.
1. Bubur nasi & susu ibu
Anda boleh masak bubur nasi bersama susu ibu. Bahan yang diperlukan ialah nasi, bawang merah, bawang putih, dan susu ibu. Caranya:
Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
Kisar beras sehingga hancur
Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun
Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, susu ibu & sedikit air
Masak dengan api perlahan
2. Bubur nasi & lobak merah
Bubur nasi & lobak merah juga merupakan resepi bubur nasi enak yang boleh anda sediakan untuk anak tersayang. Caranya:
Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
Kisar beras sehingga hancur
Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun
Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, lobak merah yang dipotong kecil & sedikit air
Masak dengan api perlahan
3. Bubur nasi & ikan bilis
Untuk resepi bubur nasi yang ini, apa yang anda perlukan ialah beras, bawang merah, bawang putih, dan ikan bilis. Caranya:
Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
Kisar beras sehingga hancur
Kisar ikan bilis sehingga hancur, jangan lupa dibuang tulangnya
Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun
Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, serbuk ikan bilis & sedikit air
Masak dengan api perlahan
4. Bubur nasi & ayam
Bubur nasi & ayam pasti akan menjadi kegemaran anak anda. Bahan-bahan yang diperlukan ialah beras, bawang putih, bawang merah, dan ayam bahagian dada. Caranya:
Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
Kisar beras sehingga hancur
Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun
Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, ayam yang dicincang kecil & sedikit air
Masak dengan api perlahan
5. Bubur nasi & daging
Selain ayam, anda juga boleh gunakan daging untuk dimasukkan ke dalam bubur nasi bayi anda. Bahan-bahan yang anda perlukan ialah beras, bawang putih, bawang merah, dan daging. Caranya:
Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
Kisar beras sehingga hancur
Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun
Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, daging yang dicincang kecil & sedikit air
Masak dengan api perlahan
6. Bubur nasi & kentang
Kentang merupakan sumber karbohidrat baik yang sangat sesuai untuk diberikan kepada bayi anda. Bahan untuk bubur nasi bersama kentang ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan kentang. Caranya:
Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
Kisar beras sehingga hancur
Kisar ikan bilis sehingga hancur, jangan lupa untuk buang tulang
Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun
Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, kentang yang dicincang kecil & sedikit air
Masak dengan api perlahan
Lenyekkan kentang sebelum diberi kepada bayi
7. Bubur nasi & brokoli
Selain kentang, brokoli juga merupakan sayur sedap yang pasti disukai oleh bayi anda. Bahan-bahannya ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan brokoli. Caranya:
Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
Kisar beras sehingga hancur
Kisar ikan bilis sehingga hancur, jangan lupa untuk buang tulang
Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun
Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, brokoli yang dicincang kecil & sedikit air
Masak dengan api perlahan
Lenyekkan brokoli sebelum diberi kepada bayi
Untuk brokoli, membasuh dengan melalukan dibawah air sahaja tidak mencukupi. Anda perlu merendamnya dalam air sekurang-kurangnya 30 minit supaya semua kutu dan serangga yang bersembunyi didalamnya keluar.
8. Bubur nasi, ayam & lobak merah
Anda juga boleh mencampurkan sayuran dan ayam ke dalam bubur nasi bayi anda. Rasanya sangat sedap. Cara menyediakannya ialah:
Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
Kisar beras sehingga hancur
Rebus ayam. Air rebusan jangan dibuang. Akan digunakan untuk memasak nasi nanti
Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun
Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, lobak merah yang dipotong kecil, ayam, & air rebusan ayam tadi
Masak dengan api perlahan
Lenyekkan lobak sebelum diberi kepada bayi
9. Bubur nasi, daging & lobak merah
Cara penyediaan sama seperti resepi bubur nasi bersama ayam dan lobak merah di atas.
10. Bubur nasi & grilled salmon
Ikan salmon mengandungi asid lemak omega 3 yang sangat bagus untuk perkembangan otak bayi. Anda boleh buatkan bubur nasi bersama salmon sebagai menu untuk simanje. Cara menyediakannya:
Bersihkan salmon, pastikan semua tulangnya dibuang.
Grillkan salmon sehingga masak
Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
Kisar beras sehingga hancur
Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun
Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras dan air, masak dengan api perlahan
Sebelum dihidangkan kepada bayi, anda boleh carikkan salmon tadi dan campurkan ke dalam bubur
Boleh juga masukkan sayur-sayuran seperti lobak merah, brokoli, bunga kobis, kentang, dan sebagainya
11. Bubur nasi & kekacang
Selain sayur-sayuran dan daging, anda juga boleh sediakan bubur nasi dan kekacang untuk bayi anda. Anda boleh gunakan kacang almond, pistachio, macademia, pekan, dan sebagainya. Cara menyediakan:
Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
Kisar beras sehingga hancur
Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun
Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras & sedikit air
Masak dengan api perlahan
Sementara menunggu bubur masak, anda bakar kacang sehingga garing
Kisar kekacang
Taburkan serbuk kacang ke dalam bubur sebelum dihidangkan
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.