Hari ini kita sudah lalui lebih separuh Ramadhan, bulan yang sangat diberkati. Di samping melakukan amalan-amalan yang baik di bulan ini, eloklah juga kita perelokkan ilmu kita dalam masakan juga untuk hidangan yang terbaik buat keluarga kita semasa berbuka dan bersahur nanti. Kita nakkan yang TERBAIK!
Hari ni nak bercakap sikit pasal kacang hijau. Ada yang menggemari kacang hijau? Atau ada yang tak kenal pun kacang hijau tu macam mana? Aiii parah ler tak tau kacang hijau tu macam mana. Kena masuk tadika semula lerr jawabnya. Dulu-dulu cikgu sekolah korang pernah buat eksperimen kacang hijau untuk tengok percambahan dalam masa beberapa hari. Ingat tak?
Kacang hijau ni sejenis kekacang jugak cumanya ia warna hijau. Khasiatnya memang tak perlu dirungkai lagi. Ianya kaya dengan vitamin, protein, serat, kalsium dan lemak yang baik untuk tubuh badan kita. Cuma, eloklah kita tidak memasaknya terlalu lama terlebih empuk untuk memastikan kandungan gizi di dalamnya tidak berkurangan.
Kali ini, kami kongsikan resepi bubur kacang hijau sedap dari Akak Zainal Abidin di Facebook. Resepi ni sangat klasik dan bakal memukau deria hidu jiran-jiran sebab baunya sangat harum tau. Nak tau rahsia bubur kacang hijau yang sangat harum? Jom layan resepi kat bawah. Tak susah pun, senang sangat!
Kacang hijau
Gula pasir
Daun pandan
Santan
Garam
Air secukupnya
Dah boleh makan.. sedap dicicah dengan roti atau pulut.. 😋😋
Selain resepi ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.