Sedapnya makan biskut kelapa. Bau harum kelapa yang dibakar dan teksturnya yang rangup mampu membuatkan sesiapa sahaja rasa ketagih dengan nya. Sedar-sedar dah habis satu balang. Snack yang tersangat sedaplah katakan. Ramai yang menyukainya. Tak kira peringkat umur dan bangsa.

Biskut kelapa nih merupakan di antara kuih tradisional yang semakin dimodenkan mengikut citarasa masa kini. Ada biskut kelapa yang ditambah cheese, coklat, sagon dan sebagainya. Cara memasaknya pun dah berbeza. Walaupun berbeza, biskut ini tetap sedap di makan. Tambah-tambah di musim perayaan. Biskut favourite nih !! Ada tips untuk buatkan biskut kelapa ini kekal rangup iaitu sangai atau goreng kelapa yang sudah diparut tanpa minyak.

Namun begitu, cara ini membuatkan aroma wangi kelapa berkurangan. Kalau nak kekalkan keharumannya dan kerangupannya, cubalah bakar kelapa ini dengan ketuhar pemanas. Tapi awas, jangan lupa balik-balikkan. Nanti rentung pula. Bakarlah sehingga kering sedikit supaya biskutnya nanti rangup. Tapi jangan risau, jika rasa tak sempat boleh jer nak beli kelapa kering yang dah siap dekat mana-mana bakeri.

Jadi, apa lagi. Jom buat biskut ini ikut resepi Hanizah Ahmad Sabardari laman facebook yang mendapat perkongsian ramai. Jom tengok resepinya. Selamat mencuba.

Resepi Biskut Kelapa

Resepi Biskut Kelapa
Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 250 gm butter@ marjerin
  • 1 cwn gula aising
  • 1 biji kuning telo
  • 1 cwn tepung gandum
  • 3 cwn tpng ubi
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sdu teh baking powder
  • 1 cwn kelapa kering (beli kat bakeri)

Cara-caranya:

  • Adunkan butter, gula, esen, kuning telur sehingga sebati.
  • Ayak tepung ganndum bersama baking powder.
  • Masukkan dalam adunan bersama tepung ubi dan akhir sekali masukkan kelapa kering
  • Uli adunan tersebut sehingga sebati.
  • Terapkan dengan acuan yang dikehendaki.
  • Bakar 170 C / selama 15@20 min @ sehingga masak.

Mudahkan? Sekelip mata jer dah siap. Selain daripada resepi Biskut Kelapa ini, terdapat juga resepi sedap dan mudah yang lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.