Tiktok ialah suatu aplikasi media sosial yang hampir semua orang tahu walaupun tidak ikut main. Mula-mula sekali benda yang paling terkenal daripada tiktok ialah tarian-tarian yang menarik namun tidak sedikit pula yang tuai kontroversi. Akan tetapi makin lama tiktok makin mengasyikkan kerana ramai orang yang tunjuk kreativiti yang menarik untuk ditiru. Salah satu contoh yang menarik tersebut ialah makanan. Ada satu resepi mee yang terkenal di dunia tiktok hingga resepi ini tular di media sosial lain.

Tidak pasti apa nama resepi mee ini. Hazirah Zaihan mencuba resepi mee tiktok dan berkongsikan di laman Facebook. Mengejutkan sekali amat ramai yang suka, tertarik dan ingin cuba. Mana tidaknya, penyediannya mudah sangat sangat. Tidak perlu tumis, rebus, dan goreng, kejadiannya amat lazat. Mesti anda tidak sabar ingin resepi.

Selepas anda baca perkongsian ini, sila terus pergi dapur dan cuba buat. Tidak perlu lagi beli maggi, guna perencah-perencah sintetik. Selamat mencuba.

Resepi Mee Tiktok Viral

mee tiktok

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang putih,
  • Daun bawang,
  • Bijan,
  • Minyak bijan,
  • Cili flakes,
  • Maggi kosong.

    mee tiktok

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Jika sudah sediakan bahan-bahan tadi boleh panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas.
  2. Kemudian tuang minyak panas ke atas bahan-bahan tadi.

    mee tiktok

    Imej via Facebook

  3. Lepas tuang minyak anda boleh letak kicap, cuka, garam, gula dan serbuk perasa sedikit. Kacau sampai dia sebati.
  4. Jangan lupa rebus maggi. Apabila sudah siap rebus boleh tuang sekali dengan air rebusan mee tu. Kalau ingin pekat boleh letak air sedikit kalau ingin cair boleh bubuh semua air rebusan.

    mee tiktok

    Imej via Facebook

  5. Siap. Boleh hidangkan sekali dengan telur mata atau sosej ikut selera.

Resepi Menarik Lain

Selain mee tiktok, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.