Assalamualaikum. Biskut Florentine atau dikenali Crunchy Almond Cookie) merupakan kudapan/biskut kekacang yang sangat rangup dan viral. Biskut ini sentiasa memanggil-manggil orang menjamunya. Boleh buat ketagih. Yela banyak kekacang kan. Walaupun biskut Florentine ini agak mahal tapi cara membuatnya sangat mudah. Lebih kurang 15 minit jer.

Biskut florentine ni hanya memerlukan beberapa jenis kekacang dan juga tepung florenta untuk membuatnya. Bukan boleh guna tepung sebarangan tau. Sesiapa yang belum tahu pasal tepung florenta ini bolehlah tanya-tanya di kedai bakery. Pasti ada.

Resepi yang dikongsi oleh Umi Hartini Muhammad dari laman Facebook ini sangat mudah untuk diikuti. Apa lagi jom mencubanya. Menyesal kalau tak cuba. Yela, biskut yang ketagih yang sihat. Sangatlah sesuai untuk yang diet tapi masih nak mengunyah. Jom tengok resepinya.

Resepi Biskut Florentine

Imej via facebook

Bahan-bahan:

  • 500 g tepung florentine
  • 500 g almond flakes
  • 200 g biji labu 
  • 200 g biji bunga matahari
  • 20 g bijan hitam 
  • Paper cup size M secukupnya

Cara-cara:
1. Bakar kekacang sebentar dlm 5 minit. Sejukkan sebentar.
2. Masukkan semua kekacang dan gaul sebati. 
3. Masukkan tepung florentine dan gaul semuanya sehingga sebati . 
4. Sudukan ke dalam papercup, nipis sahaja cukup sekadar menutupi dasar. 
5. Bakar suhu 160 selama 10-15 minit. 
6. Keluarkan dan biarkan sejuk sebentar. 
7. Simpan dalam bekas kedap udara.

Tersangatlah mudah kan? Cepat pun cepat. Jimat masa dan sedap. Selain dari resepi ini, terdapat juga respi menarik yang lain. Jemput tengok dan mencubanya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.