Terasa-rasa nak makan makanan western? Tapi dah bosan dengan grill, bakar dan chop2. Bolehlah cuba masakkan lasagna pula. Pasti sedap sehingga menjilat jari. Rasa creamy di campur dengan sos merah, daging pasti mampu buat kita terkenang-kenang. Caranya pun simple dan mudah. hanya perlu lapis-lapiskan sahaja. Bolehlah cuba resepi yang dikongsi oleh Zaini Hilmy di laman muka buku.

Resepi Lasagna

Image via Facebook

Sebelum proses dilapis-lapis, perlulah sediakan bahan-bahan lapisannya iaitu :

  • Lapisan lasagna
  • Sos merah
  • Sos putih
  • Lasagna sheet
  • Cheddar cheese/parmesan cheese
  • Mozarela cheese

Lapisan lasagna

  1. Rendam kepingan lasagna dalam air panas.
  2. Biarkan lembut.
  3. Sementara tunggu lembut, bolehlah buat sos nya.

Lapisan Sos Merah

  • Daging cincang ramli
  • Sosej dipotong
  • Cendawan dalam tin potong nipis
  • Isi ketam frozen potong 1 inci
  • Bawang holland potong dadu
  • Capsicun potong dadu
  • 1 tin kecik tomato soup/tomato puree
  • 1 tin sos prego traditional bolognese

Cara- cara untuk lapisan Sos merah

  1. Daging cincang Ramli di basuh.
  2. Kemudian,masak sehingga air daging kering.
  3. Kemudian masukkan sedikit minyak, sosej dan isi ketam.
  4. Kemudian, masukkan bawang holland dan capsicum .
  5. Kemudian, tuang tomato puree dan sos prego serta cendawan.
  6. Kacau sehingga pekat.

Lapisan Sos Putih

  • Butter 2 sudu besar
  • Susu Air coway 
  • Bawang holland potong dadu
  • Cendawan tin hiris
  • Tepung gandum
  • Cheese cheddar/parmesan

Cara- cara untuk lapisan Sos Putih

  1. Cairkan butter dalam kuali
  2. Tambahkan tepung gandum dalam 3 sudu besar
  3. Kacau-kacau sehingga sebati, kemudian tambahkan 3 sudu susu dan air bagi cukup rasa . Tengokla agak-agak tak pekat dan tak cair sangat.
  4. Masukkan potongan bawang holland dan cendawan
  5. Masukkan cheese cheddar sekeping atau parmesan cheese
  6. Masukkan sedikit garam

Cara-cara Menyediakan Lasagna

  1. Lapiskan sos merah di bahagian paling bawah dalam bekas aluminum foil.
  2. Kemudian, masukkan sos putih pula.
  3. Kemudian lapikkan dengan kepingan lasagna yang telah lembut tadi.
  4. Kemudian, ulang langkah 1 hingga 3.
  5. Untuk bahagian terakhir, lapiskan dengan sos merah, kemudian sos putih, kemudian cheese cheddar/parmesan dan akhir sekali taburkan mozarela cheese. Siap sedia untuk dibakar.
  6. Masukkan dalam oven dengan suhu 200 selama 20 minit (bergantung kepada oven masing-masing)

Resepi Menarik Yang Lain Yang Boleh Dicuba

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.