Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Biskut Arab Suji (Sedap dan Mudah!)

Biskut Suji merupakan salah satu juadah yang berasal daripada Arab. Namun ianya menjadi popular di Malaysia memandangkan ianya kena dengan tekak kita.…

ResepiDikemas kini 10 Februari 2019oleh Nur Dini Abd Aziz
Biskut Arab suji berwarna merah, hijau dan putih yang sudah siap dibakar dan digolekkan dengan susu tepung.

Biskut Suji merupakan salah satu juadah yang berasal daripada Arab. Namun ianya menjadi popular di Malaysia memandangkan ianya kena dengan tekak kita. Biskut suji tidak mempunyai cara pembuatan yang sukar, oleh itu, sesiapa sahaja boleh menyediakannya.

Anda boleh menyediakannya dalam kuantiti yang banyak dan boleh jadikannya sebagai satu kudap - kudapan. Selain itu, biskut suji juga boleh dijadikan hidangan sampingan kepada tetamu yang datang ke rumah anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh SyAh Reen dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom, kita lihat sekarang!

Resepi Biskut Arab Suji

biskut arab suji

image via Facebook

Bahan - bahan:

  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan gula ising
  • 4 cawan tepung gandum
  • Susu tepung

Cara - cara memasak:

  1. Camput kesemua bahan kecuali tepung susu. Uli sampai tak melekat pada tangan. (Kalau lembik, tambah sahaja tepung gandum.)
  2. Bahagikan pada 3 bahagian. 1 bahagian letakkan pewarna merah, 1 bahagian letak pewarna hijau.
  3. Uli lagi sampai warna sekata. Apabila sudah siap uli, ambil secubit adunan tadi dan bulatkan.
  4. Bakar pada suhu oven masing - masing selama 15 ke 20 minit. Apabila sudah siap bakar, tunggu ianya suam - suam sejuk.
  5. Kemudian, golekkan biskut kedalam susu tepung.

Resepi - resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi – resepi ini bersama yang tersayang. Moga anda sentiasa ceria di samping makanan yang sihat dan mudah untuk disediakan. Sehingga berjumpa lagi di masa akan datang!