Bingka atau bengkang merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu. Terdapat pelbagai jenis bingka yang wujud. Antaranya bingka labu, bingka ubi kayu dan bingka pandan. Bahan dan cara-caranya  pu mudah sahaja. Hanya memerlukan santan, gula, garam dan air. Bahan tambahan bergantung kepada jenis bingka ya. Cara memasak nya pun senang. hanya perlu tuang adunan ke dalam loyang dan bakar. Taraaa.. Dah siap. Mudahkan? Seperti a,b,c dan 1,2,3.

Jadi apa lagi. Jom cuba resepi Imah Akmal dari laman ‘facebook’ . InsyaAllah menjadi dengan jayanya. Bolehlah puas hati bila benda yang kita nak buat itu jadi dengan sempurna. Lagi seronok kalau dapat menjamu orang yang tersayang. Jom tengok resepinya di bawah.

Resepi Bingka Pandan

Bahan-bahannya:

  • 3 Biji telur blend 3-4 minit
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula (kalau suka manis buat 1 cawan)
  • 1 cawan santan kotak kecik (KARA)
  • 2 cawan air daun pandan
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Pewarna hijau (kalau air pandan tak cukup hijau)

Cara-cara penyediaannya:

  1. Kisar semua bahan- bahan sekali dengan telur yang sudah dikisar awal tadi.
  2. Sapu loyang dengan minyak atau marjerin supaya nanti bingka tak lekat.
  3. Tuang adunan dari pengisar.
  4. Kemudian, bakar adunan tersebut selama 1 jam pada suhu 180°c.
  5. Sudah siap bakar, biarkan sejuk sebelum potong ya.

Mudah ke mudah?

Selain resepi Bingka Pandan ini, kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. ‘Sharing is caring’ kan dan terima kasih lah sebab sudi melawat blog bidadari.my. Semoga apa yang dikongsi di sini mendapat manfaatnya kepada semua yang memerlukan.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.