Ada sesiapa yang suka begedil tapi dalam masa yang sama nak diet. Dilema samada nak makan begedil ataupun tak? Sekarang dah tak payah nak dilema dah. Ada jer begedil versi sihat. Yummy. Khas untuk sesiapa yang nak diet la. Boleh tambah dalam menu diet harian nanti. Masaknya pon mudah sangat. Tapi sangat sedap dan sihat.

Resepi Begedil yang dikongsi oleh Habibah Anuar di laman muka buku ini mudah, sedap dan yang paling penting sangat sesuai untuk yang inginkan menu sihat untuk jalankan misi diet. Jadi apa lagi? Jom cuba resepinya.

Resepi Begedil

Resepi Begedil
Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 2 Keping Dada Ayam (Kisar guna food prosessor)
  • 2 Biji Kentang (Direbus)
  • 3 keping Tauhu
  • Daun Sup(Dihiris halus)
  • Lada Hitam (optional)
  • Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Campurkan ayam, kentang, daun sup, lada hitam dan garam. 
  2. Gaul hingga sebati.
  3. Buat macam daging burger tapi dalam skala kecil(patty), kemudian kukus hingga ayam masak. Agak agak dalam 5- 10 minit.
  4. Dalam masa yang sama masukkan tauhu ke dalam oven supaya tauhu keras sedikit. Kalau tiada oven, boleh gunakan pan. Agak-agak dalam 10 minit. Dah keras sedikit, angkat dan sejukkan.
  5. Berbalik pada ayam tadi. Apabila patty ayam dah masak. Sumbat dalam tauhu. Kemudian masukkan semula ke dalam oven.
  6. Dah siap. Boleh makan ngan sos homemade. Yang penting sihat. Ritu 
  7. Bib makan satu jek dah kenyang taw.

Resepi Sos Homemade

  • 3 ulas Bawang Putih *
  • 3 biji Cili Merah *
  • Madu Asli
  1. Kisar bahan yang bertanda * .
  2. Kemudian, tambahkan madu.

Dah siap resepi sihatnya. Resepi Begedil bersama Sos Homemade versi sihat dan sedap. Yang paling penting mudah dan mengenyangkan. Apa lagi? Selamat mencuba. Bolehlah bergilir-gilir dengan menu sihat yang lain. Barulah semangat nak berdiet. Tak gitu. Oh ya, jemput mencuba resepi menarik yang lain juga ya. Terima kasih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.