Hmm.. hujung minggu nih tak tahu nak masak apa untuk seisi keluarga? Buntu? Nak idea atau cadangan menu tengah hari? Apa kata cuba masakkan ayam percik pula.. yela kalau asyik-asyik menu sama.. bosan jugalah kan.

Masakan percik-percik ini rasanya berasal dari negeri pantai timur. Orang kata glamour lah masakan percik nih kat kedai-kedai makan sebelah pantai timur nih. Ada ikan percik, ayam percik, daging percik dan sebagainya. Kebanyakkan resepi percik ini, bahan mentahnya akan dibakar atau dipanggang terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kuah percik. Nak lagi sedap, sebelum dibakar atay dipanggang jangan lupa perapkan bahan mentah tersebut dengan bahan perapan. Mesti naik umph punya.

Resepi mudah yang dikongsi oleh Syieda Zulida sangat mudah diikuti dan dicuba dirumah. Pasti baunya menyelubungi segenap rumah. Anak- anak mesti suka punya lah. Lagipula , dengan teknologi yang ada sekarang, lagilah mudah nak membakar. Tak payah nak cucuh arang walaupun sebenarnya kaedah tradisional ini lagi sedap. Rasa pahit dan bau arang tuh boleh naikkan selera kot. Haha. Takpela apa-apa pun jom tengok resepinya. Part nak mmembakar macam mana terpulanglah. Pilihan masing-masing.

Resepi Ayam Percik

Resepi ayam percik
Imej via Facebook

Bahan A: Bahan Perapan Ayam

  • 1 ekor ayam
  • 2 biji bawang merah/besar
  • 1/2 labu bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 sudu serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 sudu jintan manis (dikisar)
  • 1 sudu ketumbar ( dikisar)
  • Gula &garam secukup rasa.

Bahan B: Kuah Percik

  • 3 biji bawang merah/besar
  • 1/2 labu bawang putih
  • 15 tangkai lada kering/ikut kepedasan(direbus & dikisar)
  • 2 inci halia
  • 3 sudu serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 1/2 kotak santan
  • Gula melaka (ikut citarasa)
  • 1/2 kiub ayam
  • 3 sudu sos cili 
  • Gula, garam & perasa

Cara-caranya:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia & serai.
  2. Gaulkan semua bahan-bahan bersama ayam & boleh perap selama 3 jam. Kemudian boleh dibakar.
  3. Untuk kuah, kisar bawang merah, bawang putih, halia & serai ditumis sehingga naik minyak.
  4. Kemudian masukkan lada yang dikisar & serbuk kunyit ditumis sehingga lada betul2 masak..
  5. Masukkan sedikit air untuk cairkan kuah.
  6. Masukkan 1/2 kotak santan, gula melaka, kiub ayam & 3 sudu sos cili.. Biar sehingga mendidih.
  7. Masukkan gula 7 sudu ( ikut citarasa), garam & perasa..
  8. Kebiasaan kuah mesti manis baru sedap dimakan bersama ayam yang sudah dibakar. Terpulanglah pada selera masing-masing.

Mudahkan? Selamat mencuba. Jemput cuba resepi kami yang lain juga.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.