Sekarang ini, dah ada kan wrap yang dah siap sedia. Tak perlu susah-susah dah nak buat wrap sendiri. Jadi kalau rasa nak makan tortilla chicken wrap dah makin senang kan. Hanya siapkan inti sahaja.

Kalau nak siapkan untuk sarapan ke, nak bawa bekal ke, nak bawa untuk bekalan berkelah ke. Tiada masalah. Inti yang dah siap dimasak itu boleh disejuk bekukan sebagai persediaan awal.

Nanti nak makan hanya perlu defrost dan wrap. Kemudian, panaskan di dalam oven ataupun grill dalam non stick pan. Mudahkan?

Jom tengok resepi tortilla chicken wrap menggunakan wrap jenama Mission ataupun Gardenia. Resepi ini dikongsikan Siti Husni di laman Facebook. Resepi yang sangat mudah tau.

Tortilla Chicken Wrap

Bahan-bahan:

  • roti tortila jenama mission/gardenia
  • nugget tempura jenama apa (contoh: ramly)
  • sos cili/tomato
  • mayonis
  • sos cheezy nachos
  • sos blackpaper
  • sos thousand island (pilihan)
  • salad
  • tomato
  • timun
  • carrot
  • bawang holland

Cara-cara penyediaannya:

  1. Panaskan roti tortilla atas nonstick pan atau masukkan dalam oven pun boleh. Bakar dalam 2-3 minit. Jangan sampai roti garing pula nanti susah nak balut kalau keras.
  2. Goreng nugget sampai garing. Lepas itu potong nugget kecil-kecil.
  3. Potong atau sagat carrot dan timun panjang-panjang, pastu bawang holland potong nipis-nipis.
  4. Sediakan roti tortilla, letak salad, timun, carrot, tomato, nugget. Kemudian, baru tuang sos yang ada  ikut citarasa. Kemudian, bolehlah balut.

p/s: kalau tak nak terbuka wrap, boleh cucukkan dengan lidi kecil tu. Kemas pun kemas.

Mudahkan? Nak buat meniaga pun boleh.

Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Tortilla Chicken Wrap ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.