Mencari resepi ayam percik Kelantan? Teringin makan ayam percik Kelantan yang tersohor?
Rasa yang mewah dan juicy. Ketika chef Wan masak dalam Best Wan beliau tidak sengaja terkoyakkan paha ayam ketika ingin menghidangkan, rasa macam ingin histeria apabila kamera fokus pada isi ayam lembut berjus lekang dari tulang.
Untuk memuaskan selera, hari ini kami akan hadirkan resepi ayam percik Kelantan menggunakan teknik Chef Wan yang sangat simple yang dicubakan oleh Yuss Aisya di laman Facebook.
Aye percik Kelate kuoh meroh namanya. Bahkan dalam sebuah dokumentari di Astro, sebuah kedai ayam percik tersohor di Kelantan cuma beroperasi 3-4 jam setiap hari. Mengapa? Sebab ayam perciknya habis purata 100 ekor dalam tempoh itu sahaja.
Tekstur ayam juicy dan empuk dicecah dengan kuah percik yang creamy. Tidak hairanlah mengapa ramai beratur panjang di kedai ayam percik di sekitar Kelantan. Resepi di bawah ini ialah untuk satu ekor ayam.
Resepi Ayam Percik Kelantan
Bahan perap tumbuk :
4 ulas bawang merah kecil,
3 ulas bawang putih.
1 inci halia,
Sedikit garam.
Lumur bahan tumbuk dengan ayam, biarkan satu jam.
Bahan percik :
½ kotak santan pekat (200 ml – baki lagi ½ kotak masuk kemudian – jika ayam besar guna santan lebih lagi),
2 batang serai (kalau serai besar 1 batang cukup),
1 inci halia,
½ inci lengkuas (optional),
5 tangkai cili kering rebus dan buang biji,
1 cawan air (cawan besar 250 ml). (Blend kesemua bahan di atas).
1 keping asam keping saiz sederhana,
4 sudu besar gula (tidak manis sangat pun tidak perlu risau banyak gula).
1 sudu garam atau kiub ayam ikut citarasa sendiri.
Cara-cara :
Masak bahan kuah percik dengan api sedang dan kacau perlahan.
Bila sudah menggelegak, baru masukkan ayam. Simbah-simbahkan kuah pada ayam. Masak 5 minit. Kemudian balikkan ayam dan masak lagi 5 minit. Proses ini akan kunci jus ayam dan serap lebih rasa percik. Jangan lupa simbah-simbah dan godek-godek perlahan ayam supaya tidak melekat di kuali. Buat sampai ayam habis.
Lepas 10 minit rebus dalam kuah. Angkat ayam dan bubuh di atas tray. Pastikan ayam bersalut percik. Lapik dengan daun pisang. Jika tidak ada daun pisang, boleh guna baking paper.
Bakar dalam oven yang telah preheated 230°C selama 30 minit. Jika ayam besar tambah lagi masa.
Baki ½ kotak santan masukkan dalam kuah percik tadi dan masak hingga berkrim.
Perasakan kuah. Ingat kuah wajib rasa masam, masin, manis, pedas yang seimbang baru jadi.
Siap.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi ayam percik Kelantan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.