Mahu cuba resepi ayam panggang BBQ yang mendapat perkongsian ramai?

Setiap kali hari raya mahupun perayaan lainnya, ayam panggang BBQ selalu yang palng dicari. Menghabiskan masa semasa memanggang bersama rekan mahupun keluarga.

Ayam panggang BBQ biasanya selalu menjadi peneman acara kemah mahupun acara outdoor lainnya. Tentunya kepiawaian dalam memasak menggunakan resepi yang sedap adalah sangat penting.

Untuk itu kami menghadirkan resepi ayam panggang BBQ yang terbukti sedap kerana telah mendapat perkongsian ramai di Facebook. Resepi daripada ‎Rosma Ros‎ ini dibuat dengan penuh kasih sayang dan khas untuk anda pecinta BBQ.

Setelah ini tak perlu risau lagi mencari resepi ayam panggang BBQ yang menarik kerana resepi ini adalah tepat untuk anda tiru. Sila cuba di rumah anda.

Resepi Ayam Panggang BBQ

ayam panggang bbq

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ayam seekor ikut suka potong mahupun tidak potong
  • 3 biji bawang merah/sebiji bawang besar
  • 5 ulas bawag putih
  • Seinci halia
  • 3 batang serai ambik umbut saja
  • Satu sudu jintan manis
  • 1/2 sudu jintan putih
  • Satu sudu ketumbar
  • Lada hitam satu sudu
  • 10 biji cili kering rebus buang biji
  • Sikit minyak untuk bagi hancur semua

*Blender semua bahan kecuali ayam.

Bahan sos :

  • 2 sudu besar penuh tinggi sos BBQ
  • 1 sudu penuh sos tiram
  • 2 sudu penuh sos lada hitam
  • 2 sudu kicap manis
  • Satu sudu sos cili
  • 2 sudu madu/gula merah
  • Garam ikut keperluan
  • 1 sudu pati ayam

Cara Menyediakan :

  1. Perap semua bahan dengan ayam.
  2. Perasakan dengan garam.
  3. Perap sekurang-kurangnya satu jam. Lagi lama lagi sedap.
  4. Bakar pakai arang pun boleh.
  5. Kalau mahu pakai oven masukkan ayam dengan kuah sekali.
  6. Kalau bakar bakai kuali leper, letak sedikit minyak panas. Kemudian masukkan ayam. Gunakan api slow. Sentiasa balik-balikkan ayam. Curah kuah sedikit demi sedikit. Bila sudah masak, curah lagi lebihan perap sekejap dan bagi berkilat baru angkat.
  7. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam panggang BBQ, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.