Resepi ayam masak ungkep merupakan masakan orang Jawa. Siapa yang pernah makan ayam masak ungkep? Mesti anda akan suka hidangan ini kerana rasanya yang kena dengan tekak kita.

Jika anda ingin makan ayam yang berkuah namun ada alahan dengan santan, anda boleh cuba masak ayam ungkep ini. Ianya ialah ayam yang dimasak dengan rempah ratus menyerupai kari namun ia bukan kari. Hidangan ini dimasak dengan mengungkep ayam hingga masak.

Hidangan jawa ini sangat sedap jika dimakan dengan nasi putih panas. Makan bersama kuah, bahkan minyak dalam kuahnya itu pun lagi sedap.

Tanpa tunggu lama, kami hadirkan resepi ayam masak ungkep yang dikongsikan oleh ‎Atier Syah‎ di laman Facebook. Selamat mencuba resepi yang mendapat perkongsian ramai ini.

Resepi Ayam Masak Ungkep

ayam masak ungkep
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 10 ketul daging ayam
  • 1 batang serai – ketuk
  • 1 keping asam keping
  • 3 helai daun limau purut
  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar :

  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 1sb jintan manis
  • 1sb jintan putih
  • 1sb serbuk ketumbar
  • Cilipadi hijau 20 biji

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Tunggu sampai pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, daun limau purut dan serai yang diketuk.
  3. Boleh tambah air ikut suka. Kalau nak berkuah boleh lebihkan air.
  4. Buka api perlahan dan tutup dengan tudung periuk. Sesekali kacau takut terhangit.
  5. Kemudian masukkan garam dan gula secukupnya.
  6. Siap dan boleh dimakan dengan nasi panas.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam masak ungkep, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.