Ramai yang mencari resepi ini. Diberi nama ayam bakar kewpie kerana ia menggunakan Kewpie, salah satu dressing yang creamy dan biasa digunakan untuk pasta atau salad.

Apa yang paling menarik ialah resepi ini hanya menggunakan 4 bahan sahaja. Anda mesti suka resepi yang senang, mudah dan pantas ini bukan? Bahan-bahan yang digunakan untuk resepi ini adalah mudah sangat, Kewpie dressing, sos tiram dan serbuk blackpepper, percaya ke tidak? Macam main-main sahaja sebab dengan bahan sedikit itu boleh ciptakan makanan sedap menjilat jari.

Penasaran macam mana resepi sedap ini dibuat? Sila baca dan cubakan perkongsian di bawah ini dikreditkan kepada Shafiqah Abd Razak di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Ayam Bakar Kewpie

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ayam (pilih bahagian yang disukai, hiris-hiris sedikit atasnya dan basuh bersih),
  • Kewpie dressing roasted sesame (botol kecil pun ada),
  • Sos tiram,
  • Serbuk black pepper.

Cara-cara :

  1. Ambil ayam yangg telah dibasuh bersih tadi ke dalam satu bekas yang sesuai dan ada penutupnya.
  2. Curahkan kewpie dressing roasted sesame agak-agak bagi rata seluruh ayam dengan dekat bahagian yang kita hiriskan tadi.
  3. Curahkan pula sos tiram agak-agak sahaja bersama serbuk black pepper. Bubuh lebih sos blackpepper lagi sedap.
  4. Gaul rata bagi kena keseluruhan, tutup bekas tersebut dan simpan dekat chiller semalaman.
  5. Esok bangun pagi boleh bakar ayam perap dalam magic pan dengan api sederhana bubuh minyak masak sedikit saja. Jangan lupa terbalikkan. Kalau ingin goreng pun boleh macam goreng biasa dalam kuali. Atau panggang pun boleh, lagi cepat dan rasa pun sedap juga.
  6. Jika sudah masak hidangkan ayam dalam pinggan dan boleh curahkan Kewpie di atas ayam yang sudah siap bakar. Selain rasa yang sedap, isi ayam pun lembut.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam bakar Kewpie, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.