Nak kami kongsikan resepi apam nasi yang gebu?

Anda di rumah mesti pernah punya masalah apabila nasi yang dimasak tidak habis dimakan. Hujung-hujungnya nasi jadi sejuk, kalau dibiarkan lama-lama boleh jadi basi. Nasi lebih selalu orang buat jadi nasi goreng. Lama-lama bosan pula makan nasi goreng.

Maka itu, jika anda punya nasi lebih sebaiknya jangan dibuang kerana kami menyediakan satu resepi untuk anda menghadapi permasalahan ini, di mana nasi lebih boleh dibuat jadi apam gebu. Dengan mengikuti resepi daripada Achik Ita Jsd Kelantan di Facebook. Anda boleh merubah nasi sejuk menjadi apam yang sedap.

Resepi apam nasi ini sangat ringkas. Bahan-bahannya pula sangat senang didapatkan. Blend nasi bersama air dan gula, gaul bersama adunan tepung dan kukus hingga lembut. Makan cicah dengan kelapa parut campur garam, sedap sangat.

Apam nasi sedap dimakan sebagai camilan pagi mahupun petang. Boleh juga anda jadikan menu untuk jualan. Untuk mendapatkan apam nasi gebu dan sedap, sila ikuti resepi di bawah ini.

Resepi Apam Nasi

apam nasi

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

✔ 2 cawan nasi blend dengan 3 cawan air.
✔ 3 cawan tepung beras.
✔ 1 cawan tepung gandum.
✔ 3/4 cawan gula (nak manis boleh tambah gula).
✔ 1/2 pek yis (Mauripan 11g letak separuh).

Cara Membuat :

1. Campur semua bahan, kacau sebati.

2. Tutup adunan dan perap sekurang-kurangnya 1 jam. (Boleh bancuh malam dan kukus esok pagi. Simpan di luar sahaja).

3. Lepas perap, kacau adunan dan asingkan untuk letak pewarna. Nak warna asal pun tak apa.

4. Letak sedikit minyak pada acuan kecil-kecil untuk elakkan melekat.

5. Kukus 5 minit atau sehingga masak. Kalau masukkan semua adunan sekaligus ke dalam loyang besar, anggaran 45 minit atau sehingga masak.

Apam nasi sudah jadi. Untuk lebih lazat cicah dengan kelapa parut putih yang telah gaul sedikit garam.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi apam nasi, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.