Jom cuba resepi agar agar milo oreo ini.

Resepinya sangat teramat mudah. Gunakan Milo dan susu sebagai bahan utama. Sukatan gula dan milo ikut selera ingin semanis mana.

Agar agar milo resepi daripada Zaliana Haidir di laman Facebook telah mendapat perkongsian ramai. Yang membuat menarik dan unik ialah agar agar Milo ini menggunakan Oreo dalam layer susu. Anda mesti tidak ingin melewatkan resepi menarik ini bukan?

Tanpa buang masa, mari buat agar agar Milo lapis susu Oreo resepi di bawah ini. Boleh dihidangkan sebagi minum petang, pencuci mulut, mesyuarat, open house dan lain-lain. Sukatan untuk 30 acuan puteri ayu.

Resepi Agar Agar Milo Lapis Oreo

agar-agar milo

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Agar agar 5 paket,
  • Susu cair 1 tin,
  • Susu pekat 1 tin,
  • Gula,
  • Milo,
  • Biskut Oreo (dipatahkan) 2 paket,
  • Air.

Cara-cara :

  1. Masukkan 3.5 liter air dan letak 3 paket agar agar. Masak sampai mendidih.

Bila agar agar sudah hancur dan mendidih, masukkan 1 tin susu pekat, milo dan gula sedikit. Kacau sampai sebati dan ketepikan.

Untuk Lapisan Tengah
  1. Masukkan 1 tin susu cair, air sukatan 1 tin dan agar agar 2 paket Masak sampai mendidih kemudian letak sedikit gula kacau sampai sebati.
  2. Layerkan.
  3. Bila sudah suam agar agar nya terus buat lapisan.
  4. Letakkan agar agar milo dulu, bila sudah agak mengeras lapiskan agar-agar susu dan terus letakkan biskut oreo yang sudah dipatah-patahkan.
  5. Bila sudah agak mengeras masukkan lapisan agar agar milo pula.

Tips :

Untuk lapisan jangan tunggu agar agar sampai betul-betul mengeras dan jangan letak bila masih lunak nanti tidak jadi lapisannya.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi agar-agar Milo, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.