Bagi sesetengah ibu bapa yang moden, memberi puting kepada bayi adalah salah satu alternatif paling mudah untuk mereka. Semua bayi baru lahir akan ada satu tabiat semulajadi menghisap dimana ia adalah refleksi normal bagi bayi. Hal ini kerana ada sesetengah bayi menghisap apabila kepenatan, bosan, ingin dipujuk dan sebagainya.

Imej via [siraplimau]

Puting bayi juga membantu bayi meningkatkan berat badan dengan lebih cepat disamping mengurangkan risiko dan komplikasi semasa proses pemantauan hospital. Oleh itu, puting bayi atau puting dummy boleh digunakan untuk memenuhi keperluan bayi. Namun diingatkan, jangan menggunakan puting secara berlebihan kerana ia juga akan memberi impak negatif kepada bayi seperti bayi tidak mahu menyusu atau makan.

  • Puting bayi yang digunakan di botol susu
  • Puting bayi yang digunakan untuk menghisap

Kedua-dua puting bayi ini boleh anda pilih berdasarkan faktor-faktor seperti umur bayi, bentuk puting dan sebagainya. Jom lihat 7 tips pilih puting bayi dengan betul dan tepat.


1. Bentuk

Imej via [dinomarket]

Ada si kecil yang memang cerewet dengan bentuk dan jenis puting yang mereka hisap. Jika mereka menolak untuk meminum susu botol, periksa semula jenis puting yang anda gunakan. Cuba untuk tukar puting yang mempunyai saiz lebar dan menyerupai payudara ibu.

Cuba susukan si kecil secara perlahan-lahan, mungkin mereka akan lebih suka dan terbiasa dengan bentuk tersebut. Bentuk puting bayi yang paling baik adalah yang berbentuk seperti puting payudara ibunya.

Anda juga digalakkan membeli dan mencuba satu persatu bentuk puting botol yang sesuai dan disukai oleh si kecil. Ada botol susu, putingnya panjang, ada yang pendek dan ada juga yang agak keras dan lembut. Biasanya puting yang warna kuning lebih lembut dan paling disukai oleh bayi.

2. Harga

Imej via [karousell]

Berdasarkan harga pula, bukan bermakna murah itu lebih bagus dari yang mahal. Kadang-kadang harga yang murah itu selalunya tidak mudah tahan lama. Kualitinya tidak setanding kualiti puting yang mahal.

Harga sebuah puting bayi boleh didapati lebih daripada RM10 ke atas. Selalunya, ada sahaja yang menjual dengan harga RM10 ke bawah tetapi selalunya kualiti pada puting tersebut sangat rendah dan tidak bertahan lama.

Selain itu, kualiti pada puting bayi juga di ambil kira takut kalau ada jangkitan pada mulut bayi. Hal ini juga boleh menyebabkan, bayi akan mengalami alergik pada sesetengah puting tersebut. Oleh itu, kita hendaklah bijak dalam memilih kualiti puting yang sesuai dengan bayi.

3. Guna Puting Ortodontik

puting bayi
Imej via [100comments]

Puting ortodontik dibentuk untuk menggalakkan bayi menghisap sama cara seperti menyusu badan. Puting bayi ini selamat untuk digunakan, senang untuk disteril dan pengadang mulut puting mencegah bayi dari tercekik atau menelan puting itu.

Puting bayi yang diperbuat daripada getah ini bertahan lebih lama daripada yang lain. Sangat ramai para ibu memilih puting ortodontik ini kerana ianya sangat mudah untuk memberi anaknya meminum susu dan juga ada yang mengatakan bahawa puting ortodontik ini dapat menghalang bayi dari tersedak susu.

Setiap bayi ada lebih selesa memakai puting yang ortodontik ini dan ada yang tidak. Puting ortodontik ini dapat memudahkan seorang bayi yang baru hendak belajar untuk meminum susu menggunakan botol. Hal ini juga boleh dititikberatkan bagi bayi yang pramatang kerana ada sesetengah bayi tidak dapat meminum susu badan secara normal kerana ia masih lagi kecil.


4. Lembut Dan Fleksibel

puting bayi
Imej via [karousell]

Ada sebahagian bayi dia suka yang jenis lembut dan fleksibel tetapi kekadang ada sebahagian puting yang lembut dan fleksibel ini tidak tahan lama. Ia bergantung kepada ibubapa untuk memilih apa yang si kecil mahukan.

Puting bayi yang mempunyai ciri seperti lembut dan fleksibel ini sangat membuatkan si kecil berasa selesa. Ia sangat disukai oleh bayi dimana teksturnya lembut dan fleksibel. Ia juga menjadi permainan kepada bayi kerana sangat menarik untuk digigit. Bayi mempunyai hobinya yang suka menggigit sesuatu benda yang ada didepannya.

Namun sedemikian, ada sesetengah bayi tidak suka puting jenis yang lembut dan bayi yang suka menggigit juga tidak sesuai menggunakan puting yang lembut sebegini. Sebagai ibu bapa kita haruslah peka dengan kehendak si kecil sama ada menggunakan puting bayi jenis lembut, fleksibel atau dengan sebaliknya.

5. Lubang Pada Puting Tidak Terlalu Besar

puting bayi
Imej via [mybaby]

Lubang pada puting bayi ini sangat penting dan patut dititik beratkan kerana jika si kecil tersedak susu, ia boleh menyebabkan lubang pada puting. Bayi akan minum secara perlahan jika lubang pada puting bayi itu kecil dan ia bagus untuk bayi.

Jika lubang pada puting bayi itu besar, aliran air yang lalu menjadi laju dan ia sangat tidak sesuai untuk bayi. Tetapi boleh jadi juga, bayi tidak puas untuk minum susu jika lubang pada puting ini terlalu besar. Anda hatus memastikan lubang pada puting tersebut sesuai untuk aliran susu bayi. Pasti bayi puas minum susu!

Tetapi boleh terjadi juga akibat gigitan bayi yang sangat kuat sehingga menyebabkan puting bayi itu terkoyak atau tidak boleh digunakan lagi. Perkara ini juga harus diwaspada pada ibubapa agar serpihan puting yang koyak itu tidak ditelan oleh si kecil. Ini boleh mengakibatkan kematian akibat tercekik.


6. Mengikut Faktor Umur Yang Sesuai

puting bayi
Imej via [http://cloudfront.comcloudfront]

Tak semua bayi harus menggunakan puting! Bagi bayi yang baru sahaja lahir atau masih awal dan kecil lagi digalakkan meminum susu badan sahaja. Manakala bagi umur 1 -2 tahun boleh sahaja menggunakan puting ini.

Ada sebahagian ibu bapa juga telah mengajar anak mereka supaya memakai puting dari kecil lagi kerana ia memudahkan urusan kerja mereka. Seharusnya perkara ini tidak patut digalakkan kerana bayi yang masih baru haruslah sepuasnya meminum susu badan sahaja dan masih terlalu awal untuk memberinya meminum susu menggunakan puting bayi.

Lama kelamaan, mereka yang jarang meminum susu badan akan mula terbiasa dengan susu botol. Jika minum susu botol pula, si kecil akan menjadi ketagih untuk terus menghisap menggunakan susu botol.

7. Saiz

Imej via [googleusercontent]

Setiap saiz puting kebanyakkannya sangatlah berbeza. Ada yang besar, kecil dan sederhana. Saiz puting ini juga akan mengikut saiz botol yang digunakan. Secara amnya usia bayi bukanlah pengukur kepada saiz botol. Namun pada kelazimannya bayi yang berusia 6 bulan ke bawah, botol yang sesuai adalah 160ml kerana faktor saiz botol yang kecil.

Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas, pemilihan botol susu begantung pada jumlah susu yang di minum oleh bayi. Sesetengah ibu memberi minum susu anaknnya pada kadar yang kerap, tapi jumlah atau kuantiti susu sedikit.

Sebagai contoh, 3 -5 oz untuk sekali minum. Jadi botol yang sesuai tentulah botol bersaiz 5oz/160ml. Bayi yang meminum melebihi 5oz untuk sekali minum tentu sekali botol 8oz/240ml.

puting bayi
Imej via [babysense]

Berikut adalah senarai tips pemilihan puting bayi yang betul dan tepat. Jemput baca Panduan dan teknik urutan bayi, Punca bayi lambat merangkak dan Perkara Wajib anda tahu sebelum sunat bayi perempuan.

Rujukan

  1. Siraplimau
  2. Cikpuanbunga
  3. razlina

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.