Tekanan darah rendah merupakan masalah kesihatan yang agak kurang popular berbanding penyakit tekanan darah tinggi. Namun tahukah anda bahawa yang sebenarnya tekanan darah rendah adalah jauh lebih bahaya daripada tekanan darah tinggi?

Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, tekanan darah yang normal bagi seorang dewasa ialah pada paras di bawah 120/80 mmHg.  Tekanan darah atau Hypotensi berlaku apabila bacaan berada di paras lebih rendah dari 90/60 mmHg. Apakah punca tekanan darah rendah?

punca tekanan darah rendah
Punca: Hellodoktor

Sebelum mengetahui apakah punca masalah tekanan darah rendah, adalah penting untuk kita memahami bahawa terdapat tiga jenis utama masalah tekanan darah rendah iaitu:

  • Tekanan Darah Rendah ‘Orthostatic’
    Ini adalah keadaan darah rendah yang biasanya akan berlaku apabila anda berubah posisi. Sebagai contoh anda bangun dari tidur atau duduk dengan terlalu cepat lalu menyebabkan tekanan darah anda turun. Penurunan tekanan darah akan menyebabkan anda berasa pening atau pusing. Ianya berlaku kerana tubuh badan anda tidak dapat menyesuaikan tekanan pengaliran darah dengan cepat agar sesuai dengan kedudukan badan anda.  Keadaaan ini biasanya akan berlaku untuk beberapa saat sahaja.
  • Tekanan Darah Rendah ‘Neurally Mediated’ (NMH)
    Jenis masalah tekanan darah rendah yang kedua ini berlaku apabila otak dan jantung anda gagal untuk berkomunikasi dengan baik di antara satu sama lain. Sebagai contoh, apabila anda berdiri untuk jangkamasa yang panjang, darah akan mula berkumpul di kaki anda lalu menyebabkan tekanan darah menurun. Dalam kes NMH, badan anda menjadi keliru dan memberi isyarat kepada otak bahawa tekanan darah anda adalah tinggi. Sebagai tindak balas, otak anda akan melambatkan kadar denyutan jantung. Perkara ini akan menyebabkan berlakunya penurunan tekanan darah secara mendadak lalu menyebabkan anda berasa pening  kepala dan rasa nak pitam.
  • Tekanan Darah Rendah Teruk berkaitan dengan ‘Shock’
    Tekanan darah rendah jenis ini adalah adalah suatu keadaan yang sangat merbahaya dan boleh mengancam nyawa. Dalam kes ini, tekanan darah dalam badan anda akan turun menjadi begitu rendah sehingga otak, buah pinggang dan organ-organ penting yang lain dalam tubuh badan anda tidak mendapat bekalan darah yang cukup.

Jadi, apakah punca tekanan darah rendah? Punca bagi masalah kesihatan tersebut adalah berbeza bagi setiap jenis seperti yang kami nyatakan di atas tadi. Di antara punca yang seringkali berlaku ialah:

1. Kurang air dalam badan

Kekurangan air dalam badan yang terlampau boleh menjadi punca tekanan darah rendah yang anda alami. Ini kerana kekurangan air akan menjejaskan fungsi tubuh badan anda. Di antara punca kekurangan air dalam badan ialah:

  • Berpeluh dengan terlalu banyak
  • Tidak minum air dengan secukupnya
  • Aktiviti yang terlalu ekstrem
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Demam
punca tekanan darah rendah
Sumber: Tribunnews

2. Cuaca yang terlalu panas

Cuaca yang terlalu panas juga boleh menjadi punca anda mendapat tekanan darah rendah. Apabila anda berada dalam cuaca yang terlalu panas, badan anda akan berpeluh secara berlebihan dalam usaha untuk menstabilkan suhu badan.

Apabila anda terlalu banyak berpeluh, badan anda akan kehilangan banyak air lalu menyebabkan tekanan darah anda menurun dengan mendadak.

3. Tidak bergerak untuk tempoh yang lama

Jika tubuh badan anda berada dalam keadaan yang statik dan tidak bergerak dalam keadaan yang lama, ia juga boleh menyebabkan tekanan darah anda menurun. Sebagai contoh, jika anda menyertai perbarisan dan terpaksa berdiri dengan lama.

Darah akan terkumpul di kaki anda lalu anda akan mula berasa pening dan terasa seolah-olah mahu pitam. Begitu juga keadaannya sekiranya anda duduk terlalu lama dan tiba-tiba bangun.

4. Ubat-ubatan

Kajian mendapati bahawa terdapat sesetengah ubat-ubatan yang boleh meningkatkan risiko anda untuk hipotensi ortostatik. Di antara ubat yang telah dikenal pasti ialah:

  • Ubat untuk merawat masalah tekanan darah tinggi dan penyakit jantung seperti
    • Diuretics atau ubat kencing
    • Calcium channel blockers
    • Angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitors
    • Angiotensin II receptor blockers
    • Nitrates
    • Beta blockers
  • Ubat yang digunakan untuk merawat masalah kebimbangan
  • Ubat untuk masalah kemurungan
  • Ubat untuk mengubati masalah mati pucuk
  • Ubat untuk penyakit Parkinson
punca tekanan darah rendah
Sumber: Healthline

5. Makanan

Hipotensi ‘postprandial’ biasanya terjadi selepas anda makan. Makanan yang masuk ke dalam badan akan menyebabkan tekanan darah dalam badan anda menjadi rendah lalu menyebabkan anda berasa pening untuk seketika.

6. Kesakitan yang teramat sangat

Tahukah anda bahawa kesakitan yang teramat sangat juga boleh menyebabkan badan anda mengalami tekanan darah yang rendah. Keadaan ini berlaku kerana badan anda sedang mengalami trauma dan menyebabkan tekanan darah anda menjadi terlalu tinggi lalu otak anda mendapat signal supaya menurunkan tekanan darah.

7. Ketakutan yang teramat sangat

Selain kesakitan yang melampau, ketakutan yang teramat sangat juga boleh menyebabkan tekanan darah dalam badan anda menjadi rendah. Sama seperti keadaan anda mengalami kesakitan yang teramat sangat, ketakutan yang melampau akan memaksa badan anda untuk menurunkan tekanan darah. Muka anda juga akan menjadi pucat.

8. Bakteria dalam darah

Dari segi perubatan, keadaan ini dikenali sebagai septic shock. Ia adalah keadaan di mana terdapat kehadiran bakteria dalam tubuh badan anda lalu memasuki aliran darah. 

Bakteria yang berada dalam aliran darah anda akan mengeluarkan toksin yang akan meracun darah anda lalu tekanan darah anda menurun.

punca tekanan darah rendah
Sumber: Catatankedokteran

Itulah dia 8 punca tekanan darah rendah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca darah tinggi dan punca kencing manis

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.