Nak tahu punca sakit pinggang? Sakit pinggang bukanlah masalah yang asing bagi masyarakat di Malaysia. Kami pasti anda biasa mengalaminya.
Namun apa yang membezakan ialah kekerapan anda dilanda sakit pinggang dan tahap kesakitan yang dialami. Ada orang cuma sakit pinggang biasa yang boleh hilang apabila berbaring. Ada orang sakitnya tahap serius, diurut oleh tukang urut berpengalaman masih tidak hilang.
Apakah yang dimaksudkan dengan sakit pinggang? Apakah puncanya? Apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan daripada kerap sakit pinggang? Dan yang paling penting, apakah rawatan terbaik untuk sakit pinggang yang sedang anda alami sekarang.
Sakit pinggang adalah ketidak selesaan atau kesakitan yang dialami pada kawasan pinggang. Sama ada di tengah pinggang, pinggang kanan, pinggang kiri, bahagian atas, atau bawah pinggang. Kesakitan pada kawasan tersebut digelar sebagai sakit pinggang. Tahap kesakitan sakit pinggang juga berbeza. Ada yang mengalami kesakitan pada satu-satu bahagian, dan ada yang mengalami kesakitan pada keseluruhan pinggang termasuk bahagian abdomen.
Dalam dunia perubatan moden, terdapat beberapa punca sakit pinggang yang telah dikenal-pasti. Jika anda kerap mengalami sakit pinggang dan tahap kesakitan menjadi semakin teruk, kami nasihatkan anda untuk berjumpa doktor dengan segera bagi memastikan bahawa adakah sakit pinggang yang anda alami berpunca daripada perkara-perkara berikut:
Jika anda mengalami sakit pinggang disebabkan oleh masalah tulang, kesakitan yang anda alami adalah pada bahagian tengah pinggang di mana tulang belakang anda berada. Di antara masalah tulang yang boleh menyebabkan anda mengalami sakit pinggang ialah:
Sakit pinggang yang disebabkan oleh masalah otot dikenali sebagai Lumbago. Ini adalah di antara punca sakit pinggang yang paling kerap berlaku di Malaysia, terutamanya pada golongan yang berusis 30 tahun ke atas. Di antara masalah otot yang boleh menyebabkan anda sakit pinggang adalah:
Sakit pinggang juga boleh berlaku disebabkan oleh masalah organ yang terlatak pada bahagian yang sakit, iaitu sama ada sakit di pinggang kanan atau pinggang kiri.
Sakit pinggang juga boleh berlaku disebabkan oleh trauma pada bahagian belakang yang menyebabkan berlakunya kecederaan pada organ, tulang ataupun otot yang terdapat pada bahagian tersebut.
Punca sakit pinggang yang seterusnya ialah masalah pada saraf yang terdapat di bahagian pinggang. Saraf yang biasanya terjejas ialah saraf sciatica ataupun saraf cengkeraman. Apabila saraf ini bermasalah, anda akan mengalami sakit pinggang yang teruk dengan kerap.
Anda boleh mengelakkan sakit pinggang dengan mengamalkan tips-tips berikut:
Rawatan sakit pinggang bergantung kepada puncanya. Namun secara am, sakit pinggang boleh dihilangkan dengan pengambilan ubat seperti Ibuprofen, Naproxen, Mephenamic acid dan juga Paracetamol. Anda juga boleh tuam ais atau air panas pada bahagian yang sakit untuk menghilangkan sakit pinggang yang dialami.
Itulah dia punca sakit pinggang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca kaki kebas, punca kerap sembelit, dan punca pedih ulu hati.