Jom ketahui punca hati mati untuk renungan kita bersama.
Hati merupakan suatu organ penting yang bermulanya niat lalu diturunkan melalui mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya sebagai perbuatan dosa atau kebaikan yang membawa pahala. Jadi hati haruslah dijaga serta dididik dengan keimanan dan kebaikan supaya menjadi hati yang bersih dan bernilai.
Namun, hati juga boleh menjadi rosak, gelap, hitam dan busuk jika tidak dijaga, dibiarkan dan terdidik dengan noda dan dosa, apatah lagi terbiasa dengan kejahatan.
Bertepatan dengan firman Allah bermaksud:
“Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.”
(al-Muthaffifiin : 14)
Bahkan selari dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.”
(Hadis Riwayat Ibn Majah)
Hati yang terbiasa dengan perkara yang kotor akan terus menjadi hitam dan keras sehingga tidak dapat menerima apa-apa kebaikan lagi. Bahkan segala kejahatan, dosa serta maksiat adalah makanan kepada hati itu. Segala ilmu serta iman bagaikan terlantun keluar daripada hati-hati yang sekeras batu ini.
Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari, sebahagian daripada tanda mati hati itu adalah; Tidak berasa dukacita walau tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan, juga tidak menyesal jika berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
Kenapa hati mati? Banyak perkara yang boleh menyebabkan hati itu mati, antaranya;
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
Diungkapkan oleh Abdullah bin Mas’ud r.a, akan empat perkara yang menyebabkan hati menjadi mati iaitu :
Sedangkan ada empat perkara yang menyebabkan hati bercahaya iaitu :
Jika sesuatu hal bermula dari hati, jadi penyelesaiannya juga adalah dari hati. Antara cara yang boleh diikhtiarkan bagi menemuai hati yang baru dan menyucikan hati adalah;
Dalam hal ini, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
“Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi. Lalu orang bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?’ Jawab Rasulullah: ‘Membaca al-Quran dan mengingati mati’.”
Hati yang mati adalah satu malapetaka terhadap manusia itu. Kita bukan sahaja gagal bahkan tidak amanah dalam menjaga sesuatu amanah Allah yang sangat berharga. Dalam kata lain, sekiranya hati itu rosak, maka rosaklah jua sesorang manusia itu. Bahkan kegagalan ini akan dipersoaljawabkan di hadapan Allah SWT kelak.
Seperti firman Allah yang bermaksud:
“Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.”
(al-Zumar : 22)
Ingatlah, hati yang mati adalah hati yang tidak mendapat santapan rohani yang baik, seperti matinya jasad yang tidak mendapat makanan yang baik. Santapan rohani yang dimaksudkan itu adalah zuhud dengan duniawi, zikrullah serta bersahabat dengan golongan yang Allah kasihi.
Dengan itu haruslah kita gilapkan hati dengan iman dan amal agar ianya tidak berkarat dengan kekotoran, hitam, buta seterusnya mati!
Jemput juga membaca artikel menarik kami dan anda pasti menyukai tanda hati hitam dan rezeki Allah
Rujukan: